◉ HEADLINES

Calon dan jentera diminta ikut waktu kempen, elak pertembungan: polis

Perkara itu perlu dipatuhi oleh calon dan jentera parti bagi mengelakkan sebarang insiden buruk berlaku

7:03 PM MYT

 

MUAR – Polis meminta setiap calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram dan Parlimen Pulai supaya tidak melanggar waktu kempen yang ditetapkan.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat menegaskan perkara itu perlu dipatuhi oleh calon dan jentera parti bagi mengelakkan sebarang insiden buruk berlaku.

Justeru, katanya semua parti perlu mematuhi waktu berkempen seperti yang ditetapkan ketika mereka memohon permit daripada pihak berkuasa bagi mengelakkan pertembungan antara parti yang bertanding.

“Terdapat kejadian di mana ada pihak yang melanggar (waktu berkempen) dan pasukan petugas pilihan raya telah datang serta memberi amaran supaya akur kepada apa yang telah ditetapkan. Polis akan menentukannya kerana tidak mahu bertindih sehingga boleh menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku. Kita akan sesuaikan masa dan sebagainya.

“Kalau telah ditetapkan antara jam lima ke tujuh petang, ikut waktu tersebut. Bila pergi masa berbeza, dia akan bertembung dan perkara itu sukar kerana mereka nak berkempen pun tidak berasa selesa. Jadi, itulah masa yang ditetapkan supaya keadaan itu harmoni,” katanya pada sidang media Ketua Polis Johor di Dewan Perumahan PDRM, hari ini.

Semalam, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegur jentera Pakatan Harapan (PH) kerana melanggar waktu berkempen untuk PRK Parlimen Pulai di tapak Pasar Malam Taman Sutera, semalam.

Susulan itu, petugas dengan ‘vest’ Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya SPR telah meminta jentera PH menutup kaunter bergerak berkenaan. – 29 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Budget 2026: RM580m boost for sports development

Funding will strengthen elite programmes, prepare for the 2027 SEA and Asean Para Games, and upgrade facilities while expanding support for para-athletes

‘Tambah spot busking di Bukit Bintang’ Bob Sentuhan Buskers mohon DBKL beri pertimbangan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menambah lagi ‘spot’ untuk pemuzik jalanan di ibu kota mengadakan persembahan terutama di kawasan sekitar Bukit Bintang yang menjadi tumpuan pelancong luar.

Noki K-Clique sedang mengenali seorang pelakon wanita, rancang berkahwin usia 30 pada tahun hadapan

Melihat rakan-rakan seperjuangan lain sudah mendirikan rumahtangga, ia membuatkan rapper dan juga pelakon, Noki K-Clique berasa tertekan serta mahu mengikut jejak langkah yang sama

◉ Related