HEADLINES

Diva AA kesal TikTok sekat konten sewenangnya tanpa usul periksa

Buatlah semakan dulu, jangan terus menggelupur nak sekat: Diva AA

6:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pengacara sensasi, Azwan Ali atau Diva AA meminta TikTok lebih bertimbang rasa dan tidak menyekat konten-konten di platform itu sewenang-wenangnya tanpa semakan terlebih dahulu.

Memberi contoh konten podcast Datuk Afdlin Shauki Aksan bertajuk Siapa Diva Hulu Kelang? yang disiarkan pada 9 Ogos lalu, yang telah disekat di platform TikTok, Diva AA berkata walhal kandungan podcast tersebut tidak menyentuh mengenai politik.

Menurut Diva AA lagi, dia hanya dimaklumkan Afdlin bahawa siaran podcast di TikTok itu disekat selepas berakhirnya temubual tersebut.

“Saya pun baru tahu bahawa 90 peratus tenaga kerja TikTok adalah dari kalangan orang Malaysia sendiri. Sebelum ini, saya fikir yang jaga TikTok di Malaysia ini adalah orang-orang dari luar,’’ katanya kepada Scoop.

Di dalam podcast tersebut, Diva AA beserta presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi telah diundang sebagai tetamu untuk membicarakan penglibatan dan pengaruh anak seni dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).

Mengulas lanjut, Diva AA berkata, bukan Afdlin seorang sahaja yang pernah berdepan dengan sekatan konten di TikTok, tetapi insiden yang sama turut dihadapinya berulang kali.

“Ya, saya pun pernah kena juga. Asyik-asyik kena blocked. Betullah, apabila orang buat laporan, memang mereka perlu ambil tindakan. Tapi, buatlah semakan dulu, jangan terus menggelupur nak sekat.

“Macam konten podcast Afdlin, ia langsung tidak mengecam Azmin Ali (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) dan tidak bercakap buruk pasal politik, jadi kenapa ia perlu disekat?

“Bagi yang menggelarkan Diva AA, Afdlin dan Zed sebagai badut, mereka ini bagi saya tidak punya peri kemanusiaan dan tidak layak wujud di muka Bumi ini. Buat semak,’’ tegasnya.

9 Ogos lalu, produser, pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki Aksan kesal serta hampa apabila podcast bertajuk Siapa Diva Hulu Kelang? yang disiarkan pada jam 9 malam tadi di TikTok, Shauki Store telah disekat.

Mengulas mengenainya, Afdlin berkata konten podcast yang diterbitkan pasukannya iaitu Padu Podcast itu turut membincangkan debaran Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini termasuk penglibatan anak seni dalam politik. – 10 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas and Petros: a tale of smiles in public, discord in court

Behind a façade of harmony, a legal feud brews over Sarawak’s gas monopoly 

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

Related