◉ HEADLINES

Dulu diperlekeh, hari ini ramai sedar KR1M kedai terbaik untuk rakyat: Pemuda Umno

Dr Akmal berharap kerajaan dapat mewujudkan semula KR1M bagi mengurangkan beban rakyat

1:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemuda Umno meminta Kerajaan Perpaduan untuk mewujudkan semula Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang ditutup pada September 2017.

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, ramai mula menyedari kedai tersebut terbaik untuk rakyat ketika ini.

“Dulu ramai yang memperlekeh, malah mencaci individu yang membina kedai ini. Hari ini, ramai sedar bahawa inilah kedai terbaik untuk rakyat di bawah ini.

“Moga kerajaan kali ini, dapat mewujudkan semula kedai seperti ini khas untuk warganegara Malaysia sahaja. Terima kasih (Datuk Seri) Najib Razak atas usaha terbaik ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

KR1M yang diilhamkan Najib yang juga mantan Perdana Menteri dirasmikan pada Jun 2011 bertujuan mengurangkan beban rakyat, selain membantu memasarkan produk pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan.

Ia bertujuan menjual pelbagai barangan harian pada harga 30 hingga 50 peratus lebih murah daripada harga pasaran.

Difahamkan, penutupan itu ada kaitan dengan pengumuman kerajaan untuk menamatkan kontrak pengendali KR1M, Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) kerana menjual barang lebih mahal daripada harga pasaran.

Arahan itu dikeluarkan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, selepas kerajaan menerima banyak aduan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan harga dan barangan dijual di kedai berkenaan.

Sebelum ini, Pengarah Urusan Mydin, Ameer Ali Mydin melaporkan syarikatnya mengalami kerugian besar kerana mengendalikan KR1M sebagai projek tanggungjawab sosial korporatnya (CSR).

Katanya, hanya mereka yang mengenalinya tahu apa yang terpaksa dilalui Mydin untuk terus bertahan dalam mengendalikan projek CSR itu. – 21 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

RM460m budget boost to power RTG, para-athletes, and regional games prep: KBS

With RM460 million secured for national sports development and RM240 million earmarked for the 2027 SEA Games, KBS sets its sights on building a comprehensive, sustainable sporting ecosystem

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related