◉ HEADLINES

Farid Kamil, Diana Danielle sah bercerai, talak dilafaz menerusi panggilan video

Lafaz cerai itu dilakukan secara dalam talian menerusi aplikasi Google Meet

4:39 PM MYT

 

SHAH ALAM – Pasangan pelakon popular, Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, hari ini.

Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari, 42, melafazkan talak secara dalam talian menerusi aplikasi Google Meet kerana tidak dapat hadir ke mahkamah disebabkan masalah kesihatan.

“Bahawa saya Farid Kamil bin Zahari menceraikan Diana Danielle binti Danny Beeson dengan talak satu,” katanya.

Lafaz cerai tersebut kemudiannya disahkan Hakim Syarie Shukran Yusof dan memerintahkan Diana untuk menjalani tempoh edah selama tiga kali suci bermula hari ini.

Sementara itu, Diana ketika ditemui media berkata, dia bersyukur apabila kemelut rumah mereka berjaya diselesaikan.

“Alhamdulillah saya rasa tenang. Kami dah boleh tutup buku lama dan mulakan hidup baru selepas ini.

“Saya doakan dia (Farid) dapat mulakan kehidupannya semula dengan baik dan kami sama-sama menjadi manusia yang lebih baik,” katanya.

Ditanya mengenai perasaannya ketika Farid melafazkan talak, Diana berkata, dia enggan berkongsi perkara itu yang disifatkannya terlalu peribadi.

“Rahsia. Saya tak nak cakap perasan pada waktu itu kerana ia terlalu peribadi. Saya rasa perkara ini sukar untuk kami berdua.

“Tetapi saya bersedia dari segi mental untuk hari ini berlaku. Mungkin hari ini saya kelihatan kuat dan tenang di hadapan semua tetapi di sebalik pintu tiada siapa yang tahu.

“Alhamdulillah segalanya telah berakhir dan saya doakan yang terbaik untuk kami berdua dan anak kami,” katanya.

Diana sebelum ini mendakwa tiada persefahaman, berlaku shiqaq selain tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri antara alasannya untuk bercerai.

Permohonan cerai tersebut difailkan Diana pada 10 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Untuk rekod Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8. – 10 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related