Firma guaman jumpa rider dibelasah esok, ‘sekarang ini rakyat Sabah cukup marah…’

Terdahulu, tular di media sosial memperlihatkan seorang rider penghantar barang dibelasah selepas dipercayai bergaduh mulut dengan pengawal keselamatan

6:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Simpati dengan rider penghantar barang yang dikasari seorang individu seperti dalam video yang tular semalam, firma guaman Hafarizam Wan & Aishah Mubarak (HWAM) tampil membela nasib pemuda dari Sabah itu.

Wakil firma guaman HWAM, Mohamad Hakim ketika dihubungi Scoop berkata, mereka akan bertemu dengan rider dikenali sebagai Samir itu tengah hari esok bagi membincangkan langkah guaman yang boleh diambilnya untuk tindakan susulan.

“Sekiranya rider itu ada membuat kesilapan sekalipun, pemuda memakai blazer merah itu tidak sepatutnya mengasarinya. Ia sama sekali tidak boleh diterima kerana negara mempunyai undang-undang.

“Jadi kami di sini akan memberikan bantuan guaman kepadanya sekiranya dia ingin memfailkan sebarang tindakan undang-undang jika merasakan video yang tular itu mencalarkan (maruah) dirinya,” katanya.

Pada masa sama, Mohamad Hakim yang juga Pegawai Korporat & Undang-Undang di firma guaman HWAM berkata, pihaknya turut kecewa dengan kata-kata dikeluarkan pemuda memakai blazer merah itu terhadap rider terbabit yang didakwa menguris hati rakyat Sabah.

“Sekarang ini, rakyat Sabah memang cukup marah bila dia (pemuda memakai blazer merah) cakap ‘orang Sabah, orang luar’ seperti yang tular dalam video tersebut.

“Disebabkan itu, kami (HWAM) terpanggil untuk memberikan bantuan guaman kepada rider tersebut,” katanya.

Menceritakan mengenai insiden yang tular itu, Mohamad Hakim berkata kejadian tersebut berlaku di bangunan TRX, petang Khamis lalu apabila rider terbabit mahu menyerahkan barang kepada seorang pelanggan wanita di lobi utama.

Katanya, difahamkan pelanggan wanita itu meminta rider tersebut untuk menunggunya sebentar sebelum berlaku pergelutan antara pemuda memakai blazer merah dan rider terbabit.

“Saya difahamkan pelanggan wanita itu dikenali sebagai Sakinah, memang sudah ada di bawah dan ketika itu dia meminta rider untuk tunggu sebentar sebelum dia membawa barang kosmetik yang ingin dikirimkan kepada klien.

“Ketika itulah berlaku provokasi membabitkan pengawal keselamatan warga asing dengan rider berkenaan, sehingga pemuda memakai blazer merah yang dipercayai receptionist (penyambut tetamu) di situ campur tangan seperti dalam video yang tular itu,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial memperlihatkan seorang rider penghantar barang dibelasah selepas dipercayai bergaduh mulut dengan pengawal keselamatan yang tidak mengizinkannya masuk menghantar pesanan pelanggan.

Pengawal keselamatan berkenaan kemudiannya bertindak memanggil pemuda memakai blazer merah, sebelum berlaku pergelutan antara mereka.

Bagaimanapun media melaporkan pemuda memakai blazer merah itu yang dikenali sebagai Nazz Hairie berkata, sudah membuat laporan polis selepas tersebarnya video pergelutan tersebut.

Dakwanya, dia terpaksa bertindak selepas rider tersebut cuba menyerang seorang pengawal keselamatan di tempat kerjanya.

Malah pemuda itu mendakwa pelanggan wanita yang disebut dalam laporannya turut menyebarkan video kejadian di Facebook dengan fakta kurang tepat.

Dia turut memuat naik laporan polis dibuatnya di laman X hari ini selain turut berkongsi sekeping foto bersama seorang pemuda dipercayai rider yang dikasarinya. – 4 November, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Related