HEADLINES

Jangan jadikan masjid dan surau gelanggang pertelagahan politik: Mohd Na’im

9:16 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar hari ini menyeru agar institusi masjid dan surau tidak dijadikan gelanggang pertelagahan politik.

Beliau berkata apabila masjid dan surau dilibatkan dengan kancah politik kepartian, ia akan menimbulkan ketegangan dalam masyarakat selain mencemarkan institusi itu sebagai zon bebas.

“Saya menzahirkan rasa bimbang terhadap kecenderungan pihak-pihak tertentu yang menjadikan masjid dan surau sebagai platform awal untuk berhimpun yang tentunya boleh mengganggu-gugat fungsi masjid sebagai pusat penyatuan umat Islam,” menurutnya dalam kenyataan hari ini susulan usaha pihak tertentu mengadakan perhimpunan di ibu negara.

Media melaporkan ‘Himpunan Aman Selamatkan Malaysia,’ yang dijadualkan esok, akan bermula dari Masjid Jamek Kampung Baru di Kuala Lumpur.

“Semua pihak dimohon supaya akur serta menghormati titah Tuanku-Tuanku Sultan agar tidak menyalahgunakan masjid dan surau untuk aktiviti berbentuk politik kepartian,” katanya.

Mohd Na’im juga berkata Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah diarah memantau masjid dan surau selain mengambil tindakan berpandukan lunas undang-undang sekiranya ada mana-mana pihak melanggar peraturan serta undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Beliau berkata pihaknya berharap semua pihak menghormati agensi berautoriti demi menjaga kemuliaan institusi masjid dan surau serta menjamin kesejahteraan negara. – 15 September, 2023

Topics

 

Hangat

Did Sabah achieve independence on August 31, 1963?

Sabah is celebrating its officially gazetted independence day today, commemorating the end of British rule on August 31, 1963 after 60 years. However, this celebration has sparked a debate over the timing of Sabah’s true independence.

Shuttlers Wei Chong-Kai Wun out of Indonesia Masters after losing to Indonesian pair

The defending champions lost to Indonesians Moh Reza Pahlevi Isfahani and Sabar Karyaman Gutama in a straight set

Selangor leaves Olympian’s dog ban lawsuit to courts

Ng Suee Lim confirms state will not intervene as Noraseela contests legality of MBPJ regulation

Related