HEADLINES

Kerajaan akan kenal pasti lokasi untuk pelabur asing bagi sektor tenaga boleh diperbaharui

Malaysia berada di hadapan dalam menerima pelaburan bagi sektor tersebut

8:39 AM MYT

 

ABU DHABI – Kerajaan akan mengenal pasti beberapa lokasi yang sesuai bagi pelabur asing yang berminat dalam sektor tenaga boleh diperbaharui, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, ini berikutan Malaysia menjadi tarikan kepada pelabur-pelabur luar yang mahu datang ke Malaysia untuk melabur dalam bidang tersebut.

“Beberapa kawasan akan dipilih, kita akan mengenal pasti di antara 10 hingga 12 tempat. Mereka (pelabur) akan pilih. Sebahagiannya di Pahang,” katanya kepada media Malaysia di akhir lawatan kerja dua hari beliau ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) di sini, semalam.

Katanya ketika ini, Malaysia berada di hadapan dalam menerima pelaburan bagi sektor tenaga boleh diperbaharui dan akan semakin ke depan jika komitmen pelaburan daripada UAE yang bernilai US$8 bilion untuk projek tenaga boleh diperbaharui dengan kapasiti sehingga 10 gigawatt menjadi kenyataan.

Beliau berkata, kerajaan juga bercadang supaya pusat data yang ketika ini berada di Johor dan Selangor dikembangkan ke negeri-negeri berdekatan.

“Sewaktu pertemuan dengan pelabur-pelabur, mereka semua meminta kita mempercepatkan dan memudahkan proses untuk melakukan perniagaan. Ini yang kita kena usahakan, sebab ada negara lain yang boleh menawarkan dengan lebih baik daripada kita.

“Jika kita memudahkan mereka, pelaburan masuk akan lebih tinggi dan pendapatan negara meningkat,” katanya. – 7 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Speedy Tigers finally strike gold under Sarjit’s leadership, thrash Thailand 8-0 at SEA Games

Head coach Sarjit lauds the team's discipline, commitment, and excellent teamwork which led to the golden victory

Keadaan Negara: Isu Petronas–Petros dibawa ke Mahkamah Persekutuan – Zainul Arifin

Langkah Petronas untuk mendapatkan penjelasan daripada Mahkamah Persekutuan berhubung pertikaiannya dengan Petros milik Sarawak bukan sekadar pertikaian undang-undang korporat — ia merupakan ujian penentu terhadap hubungan persekutuan–negeri, keutamaan Perlembagaan, serta struktur masa depan industri minyak dan gas Malaysia

Petronas appoints Mohd Jukris as COO effective Feb 1, 2026

The global energy company said the appointment was in line with its pursuit of transformation ambitions amid a dynamic global energy environment

Related