◉ HEADLINES

KPKM jumpa Bernas, pesawah Khamis ini bincang bekalan beras: Mohamad

Kementerian juga mengadakan sesi dialog dengan pengilang beras di Kedah sebelum ini bagi memaklumkan mengenai dasar semasa negara berkaitan bekalan itu

1:57 PM MYT

 

MELAKA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan mengadakan pertemuan dengan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dan pesawah, Khamis ini bagi membincangkan berkaitan bekalan beras tempatan negara.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata ia berikutan tindakan penyelarasan harga beras putih import oleh Bernas sejajar dengan harga terkini beras putih import di pasaran antarabangsa.

“Hari khamis ini (KPKM adakan pertemuan) bersama Bernas, pegawai-pegawai tinggi daripada Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN), kemudian bersama pengusaha-pengusaha sawah untuk kita berbincang (langkah) seterusnya (untuk memastikan beras tempatan mencukupi dalam pasaran negara).

“Macam dulu bila kita hadapi masalah telur dan ayamlah… bila semua bekerjasama, alhamdulillah kita dapat atasi.  Kita harap hal beras pun sebegitu juga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jualan Mega Agro MADANI Peringkat Kebangsaan 2023 di Dataran Sejarah Ayer Keroh di sini hari ini.

Mohamad berkata kementeriannya juga mengadakan sesi dialog dengan pengilang beras di Kedah sebelum ini bagi memaklumkan mengenai dasar semasa negara berkaitan bekalan itu.

“Mereka akan patuh dengan dasar-dasar kerajaan dan tindakan keras akan diambil kalau mereka cuba menyorok atau tukar label (beras tempatan kepada beras import). Ini yang kita sedang jalankan,” katanya.

Beliau berkata Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan bekerjasama dengan pemain industri bagi memastikan beras dihantar ke kawasan yang mengalami kekurangan bekalan.

Bernas sebelum ini dilapor akan menyelaraskan harga jualan beras putih import seluruh negara daripada RM2,350 satu tan kepada RM3,200 satu tan berkuat kuasa Jumaat lepas. – 3 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Exploring Perak’s ancient limestone formations: Gua Tempurung 

Brown signboards marking sites of cultural interest and recreation along the North South Highway and federal roads often inject some excitement at the possibility of making new discoveries, but many miss out on delving into an actual adventure due to other distractions.

‘You cannot please everyone’: Nurul Izzah to continue fighting through Madani society

PKR leader says she will pursue her struggle outside direct party involvement, focusing instead on serving the wider community

◉ Related