HEADLINES

KPM ambil 9,500 guru baharu bulan depan: Fadhlina

Kekurangan guru bersifat sementara dan proses dapatkan guru dilaksanakan bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)

5:27 PM MYT

 

PASIR PUTEH – Kementerian Pendidikan (KPM) dijangka membuat pengambilan 9,500 orang guru baharu pada November ini bagi mengatasi isu kekurangan guru ketika ini.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata proses temu duga telah selesai dan penempatan segera akan dibuat.

“Isu kekurangan guru berlaku bila ada persaraan dan berhenti, kita akan cepat-cepat ganti. Sebab itu kekurangan ini bersifat sementara dan proses dapatkan guru dilaksanakan bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) segera mungkin bagi memastikan kekosongan itu bersifat sementara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Karnival Agrotek Madani@KVKPM 2023 di Kolej Vokasional Pasir Puteh yang turut dihadiri Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali, di sini hari ini.

Sementara itu, Fadhlina berkata kerja penyelenggaraan tandas sekolah di bawah KPM sudah 90 peratus selesai.

“Projek dipantau oleh Jabatan Pembangunan Negeri Kelantan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) , saya dimaklumkan sudah 90 peratus siap. 

Kita jangka hujung Oktober akan dapat kenal pasti angka secara tepat, sekarang semua sedang berjalan. Alhamdulillah ada juga yang telah siap dilaksanakan,” katanya.

Pada Julai lepas, KPM dilaporkan memberi tempoh tiga bulan kepada setiap sekolah seluruh negara untuk menyelesaikan kerja penyelenggaraan tandas sekolah demi keselesaan pelajar menerusi peruntukan RM70,000 kepada setiap sekolah. – 7 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

RM950mil scrap metal tax evasion probe: MACC raids NationGate subsidiary

Electronics manufacturer says it is cooperating with authorities, taken steps to ensure operations remain unaffected after yesterday’s raid

Related