◉ HEADLINES

Nyanyian ‘Hoi Hoi Ya Hoi’, ini asam garam demokrasi di Malaysia – Fahmi

Penyokong PN menyanyikan bait lagu penyamun ‘Hoi Hoi Ya Hoi’ di hadapan penyokong Kerajaan Perpaduan khususnya, BN yang hadir bersama penyokong PH di pusat penamaan calon DUN Taman Templer

12:47 PM MYT

 

SELAYANG – Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil tiada masalah dengan tindakan penyokong Perikatan Nasional (PN) menyanyikan bait-bait lagu penyamun ‘Hoi Hoi Ya Hoi’ kepada penyokong Kerajaan Perpaduan yang hadir di pusat penamaan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer.

Menurut beliau, tindakan itu adalah sebahagian daripada suasana proses demokrasi di negara ini.

“Saya rasa ini asam garam demokrasi di Malaysia.

“Memang dari semasa ke semasa laungan amat berwarna-warni, macam-macam ada,” katanya ketika ditemui pemberita di luar perkarangan Majlis Perbandaran Selayang (MPS), hari ini.

Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Digital mengingatkan penyokong setiap parti bertanding sentiasa berwaspada supaya tidak menyentuh isu agama, bangsa dan raja (3R) serta tidak menyakiti hati lawan masing-masing.

“Kita meraikan demokrasi dan bertanding secara sihat. Janganlah kita mengadu domba, memecahbelahkan masyarakat.

“Negara kita diambang meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Jadi amat penting memastikan perpaduan dalam masyarakat tidak tergugat,” katanya.

Tegas beliau, setiap rakyat bebas untuk menyuarakan pendapat dan hujah masing-masing tetapi perlu mematuhi undang-undang dan tidak melangkaui batas adab dan tatasusila.

“Saya lihat secara fizikal memang situasi di sini boleh dikawal dengan kehadiran polis.

“Cuma saya sedikit risau dengan kandungan di media sosial, sebab itu saya mengusahakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya.

Susulan itu, katanya, beliau mengarahkan pemantauan yang jitu di media sosial untuk mengekang penularan kandungan berunsur perkauman sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN).

Terdahulu, Fahmi hadir di MPS bagi memberi sokongan kepada calon parti kerajaan yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer, Kuang dan Rawang. – 29 Julai, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia pushes ahead with AI-powered smart cities through global partnerships

Four major agreements signed at Smart City Expo Kuala Lumpur to drive digital transformation

ZUS Coffee files police report after viral incident involving staff and foreign customer

The report is to ensure the safety of its employees and to protect their privacy, says local coffee company

Expanded quota: M-League clubs allowed to register 33 players for 2025–26 season

MFL adds three local player slots per team, citing absence of youth squads and MFL Cup

◉ Related