HEADLINES

PM ulangi pendirian Malaysia terus bersama dalam perjuangan Palestin

Perdana Menteri berkata wakil NGO terbabit turut menyatakan hasrat untuk mengadakan Himpunan Mega Sejuta Ummah Pembela Palestin

8:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian Malaysia untuk terus bersama dalam perjuangan rakyat Palestin.

Beliau berkata perkara itu dikongsi dengan beberapa wakil badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Cinta Gaza Malaysia (CGM), Cinta Syria Malaysia (CSM) dan Global Peace Mission (GPM) dalam satu pertemuan di Parlimen hari ini.

“Saya turut berkongsi usaha kerajaan dalam mengadakan perbincangan dengan pemimpin dunia Islam bagi mencari solusi terbaik untuk meredakan ketegangan di Palestin sekali gus membolehkan bantuan kemanusiaan dan perubatan dibawa masuk,” katanya dalam hantaran di Facebook. 

Pada pertemuan itu, Perdana Menteri berkata wakil NGO terbabit turut menyatakan hasrat untuk mengadakan Himpunan Mega Sejuta Ummah Pembela Palestin bagi mengumpul dana dan mengangkat suara rakyat negara tersebut yang ditindas Zionis tanpa henti di Gaza.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas iaitu pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Oktober lepas telah mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa kedua-dua belah pihak.

Semalam, kerajaan mengumumkan akan menyalurkan dana RM1 juta serta-merta kepada tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) kendalian Kementerian Luar susulan konflik keganasan dan pertempuran di Semenanjung Gaza ketika ini. – 10 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

RM950mil scrap metal tax evasion probe: MACC raids NationGate subsidiary

Electronics manufacturer says it is cooperating with authorities, taken steps to ensure operations remain unaffected after yesterday’s raid

Related