HEADLINES

Portfolio 11 exco Selangor diumum, Amirudin pegang 5 jawatan

Portfolio itu adalah Pembangunan Tanah dan Sumber Alam, Kewangan dan Tindakan Ekonomi, Pemodenan Pentadbiran dan Digitalisasi Kerajaan, Komunikasi Strategik serta Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan

12:23 PM MYT

 

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memegang lima portfolio dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Portfolio itu adalah Pembangunan Tanah dan Sumber Alam, Kewangan dan Tindakan Ekonomi, Pemodenan Pentadbiran dan Digitalisasi Kerajaan, Komunikasi Strategik serta Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan.

Bagi 10 exco lain, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara, Ng Sze Han memegang portfolio Pelaburan Perdagangan dan Mobiliti.

Adun Pandan Indah, Ir Izham Hashim dipertanggungjawabkan untuk portfolio Exco Infrastruktur dan Pertanian.

Manakala, Adun Tanjung Sepat, Borhan Aman Shah dilantik exco Perumahan dan Kebudayaan; Adun Sekinchan, Ng Suee Lim (exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan) serta Adun Sungai Air Tawar, Datuk Rizam Ismail (exco Kemajuan Desa dan Perpaduan).

Adun Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin pula menjawat portfolio exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar serta Adun Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi (exco Belia, Sukan dan Keusahawanan),

Bagi Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan, portfolio itu diserahkan kepada Adun Banting, Papparaidu Veraman.

Pengumuman itu turut menyaksikan Adun Seri Setia, Dr Mohammad Fahmi Ngah memegang jawatan exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi.

Satu lagi portfolio, exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat dipegang Adun Taman Templer, Anfaal Saari. – 23 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

MCMC welcomes Budget 2026’s digital focus, vows inclusive nationwide connectivity

Commission says multi-billion ringgit projects will boost rural access, AI development, and national data sovereignty

Unraveling tragedy: The role of inquests in Malaysian law – Chuah Bee Kim

More than just a legal process, inquests provide families with answers, shaping policies that prevent future loss

Related