HEADLINES

Komen netizen cetus tanda tanya, PAS tumbang di Kelantan?

Ia susulan dakwaan berlaku ‘protes’ pengundi yang berang krisis air keruh masih berterusan walaupun PAS sudah memimpin negeri itu lebih 30 tahun lalu

4:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kecoh di media sosial sejak beberapa jam lalu komen dan perkongsian status netizen di media sosial yang memberi gambaran kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) di Pantai Timur akan tumbang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Malah terdapat banyak komen ‘menghentam’ kepimpinan negeri berkenaan, dengan peratusan rakyatnya keluar mengundi sehingga jam 3 petang tadi hanya 51 peratus.

Ia susulan dakwaan berlaku ‘protes’ pengundi di Kelantan yang berang krisis air keruh masih berterusan walaupun PAS sudah memimpin negeri itu lebih 30 tahun lalu.

“Wow Kelantan tumbang…,” kata seorang pengguna di Facebook.

“Ubah Kelate (Kelantan),” ujar Ezra.

“Pantai timur tumbang,” tulis Firdaus.

“Yang penting penyokong BN (Barisan Nasional) keluar mengundi,” kata seorang lagi pengguna di Facebook.

Lebih menguatkan persepsi bahawa kerajaan Kelantan yang diterajui Tan Sri Abdul Hadi Awang bakal bertukar ke tangan Pakatan Harapan (PH) dan BN, apabila kepimpinan PAS merayu supaya pengundi tidak menunjukkan protes, sebaliknya keluar melaksanakan tanggungjawab itu.

Susulan rayuan itu, ada netizen mempertikaikannya dan menuding jari protes itu mungkin disebabkan pengundi kecewa dengan kepimpinan PN yang dilihat gagal menyelesaikan krisis air di negeri tersebut.

“Kami rakyat Kelantan tidak akan keluar mengundi hari ini sebagai tanda protes kegagalan kerajaan PAS menyelesaikan masalah air selama 33 tahun!,” kata seorang pengundi negeri berkenaan.

“Bukan protes tapi dah tahu dah PH, BN menang,” tegas Mins.

“Saya rakyat merayu, di mana kalian,” kata Faizal.

“Saat rakyat Kelantan merayu air tak peduli, sekarang merayu rakyat suruh keluar mengundi, PAS tumbang yahoo,” tulis pengguna.

“PAS sudah cemas,” kata seorang pengguna di Facebook.

Hari ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menerusi kenyataan berkata, PAS menggesa semua pengundi PN menunaikan tanggungjawab pada PRN berikutan jumlah peratusan keluar mengundi masih kurang memberangsangkan.

“Peratusan mengundi masih rendah, justeru pimpinan menggesa semua ahli dan penyokong parti PAS, BERSATU dan GERAKAN keluar mengundi dengan kadar segera.

“Ini bukan masanya menunjukkan protes terhadap proses pilihan raya atau cubaan merosakkan undi kerana perkara ia tidak seharusnya dibiarkan berterusan,” katanya. – 12 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

It’s not Big Tobacco, but Big Pharma that’s behind vape ban push: industry leader

Move president warns of harm to public health and legal vape industry if proposed nationwide ban goes ahead

Related