â—‰ HEADLINES

Reka bentuk bangunan baharu perlu dilengkapi internet yang baik: Fahmi

`Kita kini sudah ada 5G, jadi banyak struktur (bangunan ) ini perlu ditapis’

1:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menggesa kelompok arkitek tempatan agar memastikan bahawa reka bentuk setiap bangunan baharu dalam negara dilengkapi dengan infrastruktur internet yang baik.

Beliau berkata ini selaras dengan keperluan akses rangkaian 5G yang telah sedia ada di Malaysia.

“Saya percaya banyak bangunan baharu, Insya-Allah akan menjadi lebih lengkap, kita kini sudah ada 5G, jadi banyak struktur ini perlu ditapis supaya kita dapat memanfaatkan sepenuhnya internet terpantas yang kita ada.

“Ini penting kerana sebagai menteri yang bertanggungjawab mengenai internet, selalunya saya yang akan dipersalahkan oleh Ahli Parlimen yang lain – kenapa ada beberapa bangunan tiada internet, ia sebenarnya adalah sesuatu yang perlu kita pertimbangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika menutup Program Merdeka Hujung Minggu Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) di sini hari ini.ahli

Turut hadir ialah Presiden PAM Abu Zarim Abu Bakar dan Ketua pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd Tengku Datuk Ab Aziz Tengku Mahmud. – 20 Ogos, 2023

Topics

 

â—‰ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

â—‰ Related