HEADLINES

Sepatutnya Muhyiddin suruhlah menantu balik, takut apa kalau tak salah: Puad

Muhyiddin sepatutnya menunjukkan teladan baik dan mengarahkan menantunya pulang ke tanah air bagi membantu siasatan kes rasuah

12:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dicabar supaya membuat kenyataan terbuka mengenai tindakan menantunya, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang didakwa melarikan diri ke luar negara.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, Muhyiddin sepatutnya menunjukkan teladan baik dan mengarahkan menantunya pulang ke tanah air bagi membantu siasatan kes rasuah.

Tegasnya, Muhyiddin tidak perlu memberi alasan dan takut jika menantunya itu tidak bersalah.

“Akhirnya polis Interpol mengeluarkan notis merah terhadap menantu Muhyiddin, Adlan Berhan dan Mansoor Saat (peguam) lari sejak Mei. Kenapa Mansoor turut lari. Rahsia apa?

“Sepatutnya Muhyiddin dengan slogan PN-Best tunjuk teladan yang baik. Dia masih mahu jadi Perdana Menteri? Suruhlah menantu balik. Takut apa kalau tidak bersalah,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut mempertikaikan tindakan Adlan yang jelas meragukan.

“Pernahkah anak anak bekas Perdana Menteri melarikan diri? Muhyiddin dicabar buat kenyataan terbuka. Jangan malukan PN-BEST (Perihatin, Bersih, Stabil),” katanya.

Pada Jumaat lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Adlan dan Mansoor, sudah disenaraikan notis merah oleh Interpol.

“Ya, sudah. Tindakan Notis Merah dikenakan terhadap mereka,” katanya.

Adlan dan Mansoor dikehendaki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan sebuah projek membabitkan pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan data biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

SPRM berkata, mereka meninggalkan Malaysia pada Mei lalu.

Bagaimanapun, Adlan dan Mansoor kemudiannya mengeluarkan kenyataan melalui peguam menafikan mereka melarikan diri daripada undang-undang. – 28 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related