Tangguh bentang RUU GEG tidak boleh diterima, satu pengkhianatan terhadap kepercayaan awam: MMA

Menurutnya, keputusan KKM untuk mengabaikan nasihat pakar terhadap penyingkiran nikotin daripada Akta Racun sebelum memperkenalkan RUU GEG menimbulkan kebimbangan serius

7:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) kesal dengan tindakan kerajaan menangguhkan bacaan kedua Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) di Parlimen, hari ini.

Presidennya, Dr Azizan Abdul Aziz menyifatkan tindakan itu sebagai perkara yang tidak boleh diterima dan satu pengkhianatan terhadap kepercayaan awam.

“Apabila langkah kesihatan penting ditangguhkan untuk “aturan urusan lain,” ia menimbulkan persoalan. Di manakah kedudukan kesihatan awam dalam senarai keutamaan kerajaan?

“Kami pada mulanya berharap kerajaan komited untuk meluluskan RUU penting itu, tetapi keputusan penangguhan itu menjejaskan keyakinan terhadap kerajaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, keputusan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengabaikan nasihat pakar terhadap penyingkiran nikotin daripada Akta Racun sebelum memperkenalkan RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 menimbulkan kebimbangan serius.

“Seperti sedia ada, industri vape kekal tidak terkawal, dan dengan pengecualian nikotin daripada Akta Racun, produk vape, termasuk yang mengandungi nikotin, boleh diakses oleh kanak-kanak dari semua peringkat umur.

“Itu adalah situasi yang begitu membimbangkan yang sepatutnya tidak dibenarkan oleh mana-mana kerajaan yang mentadbir dan bertanggungjawab,” katanya.

RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang dijadual dibentang semula di Dewan Rakyat untuk dibahaskan hari ini ditangguhkan.

Bagaimanapun, RUU yang berada di peringkat bacaan kedua itu masih terkandung dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat yang bersidang bermula semalam hingga 30 November depan.

RUU itu bakal melarang penjualan serta penggunaan sebarang bentuk bahan merokok termasuk rokok elektronik kepada individu yang dilahirkan selepas 1 Januari 2007.

Ia dibentang untuk bacaan kali pertama pada 12 Jun lalu dan dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan dengan penelitian dibuat oleh ahli-ahlinya untuk membuat syor penambahbaikan. – 10 Oktober, 2023

Topics

Hangat

‘Tak pakai otak ke’ netizen selar sekumpulan individu memasak di stesen minyak

Tindakan sekumpulan belia yang memasak menggunakan dapur gas mini di sebuah stesen minyak dipercayai di Genting Highlands mengundang kemarahan ramai.

Ex-Boustead Naval Shipyard managing director files application to dismiss CBT charges, cites poor health

Former navy chief is accused of fraudulently approving payments of RM21.08 million to three firms without board approval

Kuala Kubu Baharu: Perikatan the favourite among younger voters, study shows

Analysis reveals Pakatan Harapan secured votes predominantly from individuals aged 41 and above, while Perikatan Nasional garnered support primarily from those aged 18 to 24

Related