HEADLINES

Tiada bil cukai tanah dikeluarkan secara manual bermula 2024

Perkara itu selaras dengan istilah modenisasi, apabila proses kerja berubah dari manual kepada sistem pendigitalan

8:13 PM MYT

 

IPOH – Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak memaklumkan bermula tahun 2024, semua bil cukai tanah negeri itu tidak lagi akan dikeluarkan secara manual.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata perkara itu selaras dengan istilah modenisasi, apabila proses kerja berubah dari manual kepada sistem pendigitalan.

“Bil akan dihantar secara dalam talian melalui e-mel atau mereka boleh semak di laman sesawang Portal Awam e-Tanah, yang mana segala sejarah urusan berkaitan tanah yang dimiliki akan disimpan dan boleh menjadi rujukan pada masa hadapan.

“Sehubungan itu, pengguna seluruh negeri diminta untuk mendaftar di e-Tanah, bagi membolehkan penerimaan bil secara dalam talian (e-bil) dan setakat ini lebih 50, 000 telah mendaftar,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Tanah Negara Peringkat Negeri Perak, dekat sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pengarah PTG Perak Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip.

Saarani berkata PTG komited dalam mendigitalkan perkhidmatannya, termasuk menggalakkan pelanggan ke arah transaksi secara dalam talian dan menambah baik sistem e-tanah, selaras dengan perkembangan dunia ke arah pendigitalan.

“Jadi kita galakkan semua pengguna untuk mendaftarkan id pengguna, agar memudahkan segala urusan berkaitan tanah melibatkan jabatan itu, agar kita seragamkan seperti bil elektrik dan bil air ketika ini boleh dilakukan dalam talian.

“Bagi mereka yang tidak mempunyai akses internet atau kurang mahir, maka boleh meminta bantuan ketua kampung atau setiausaha JKK, termasuk pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan masing-masing,” katanya.

Saarani berkata dari segi kutipan cukai, berbanding tahun 2021 dan 2022, momentum kutipan cukai meningkat malah untuk tahun ini, sejak diperkenalkan pada Februari sehingga Julai kutipan cukai tanah juga meningkat berbanding tahun sebelumnya.

“Dulu berbeza dengan sistem manual, kerana mereka perlu ke kaunter dan urusan itu kadang kala perlu seharian untuk mereka selesaikan urusan tadi, tapi sekarang lebih mudah dan senang.

“Mereka tidak perlu lagi datang ke kaunter, kerana segala maklumat telah kita sediakan platform untuk memudahkan lebih kurang 2 juta pengguna di negeri Perak,” katanya. – 28 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

FAM dismisses talk of Nacho Mendez joining Harimau Malaya

FAM says it is not pursuing any process involving Mendez and has dismissed speculation linking the Spanish-born player to Harimau Malaya

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related