HEADLINES

Zakir Naik salur wang menang saman RM1.52 juta kepada Palestin

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Mahkamah Tinggi atas kemenangannya itu

10:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Dr Zakir Naik berkata, beliau mendermakan kesemua RM1.52 juta wang hasil kemenangannya dalam kes saman fitnah membabitkan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy kepada rakyat Palestin.

Katanya, ia sebagai usahanya untuk membantu meringankan bebanan rakyat di negara berkenaan yang kini berdepan konflik dengan Israel.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Mahkamah Tinggi Malaysia kerana memerintah Ramasamy membayar ganti rugi fitnah sebanyak RM1.52 juta.

“Saya ingin mendermakan jumlah penuh RM1.52 juta kepada Palestin. Dalam melindungi Masjid Aqsa, tapak ketiga paling suci dalam agama Islam, mereka sedang menjalankan Fardu Kifayah mewakili seluruh umat Islam,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Zakir berkata, beliau turut berdoa agar Allah memberikan keteguhan dan kemenangan kepada penentangan Palestin.

“Semoga Dia meringankan penderitaan saudara kita di Palestin, menguatkan mereka melawan penindas mereka,” katanya.

Semalam, Mahkamah Tinggi memerintahkan Ramasamy membayar sejumlah RM1.52 juta selepas kalah saman fitnah terhadap Zakir.

Terdahulu, Zakir memfailkan saman terhadap Ramasamy kerana menerbitkan beberapa catatan di media sosial yang dianggap fitnah. – 3 November, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related