◉ HEADLINES

Pelaburan KWSP dalam MAHB untuk sokong pembayaran dividen

Aktiviti dagangan ini menyokong matlamat pelaburan KWSP yang lebih luas, bertujuan untuk menjana pendapatan yang diperlukan bagi pembayaran dividen dalam tahun kewangan tertentu

1:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Keputusan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) termasuk aktiviti dagangan melibatkan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah berdasarkan analisis menyeluruh untuk memberikan nilai kepada ahli KWSP.

Aktiviti dagangan ini menyokong matlamat pelaburan KWSP yang lebih luas dan bertujuan untuk menjana pendapatan yang diperlukan bagi pembayaran dividen dalam tahun kewangan tertentu, kata KWSP dalam satu kenyataan hari ini.

KWSP berkata keputusan terkini untuk membuat tawaran am sukarela bagi saham MAHB pada harga RM11 sesaham sebagai sebahagian daripada konsortium itu mencerminkan rancangan strategik jangka panjang yang berasingan untuk mencapai pertumbuhan dan pulangan yang mampan.

Sebagai institusi yang komited terhadap tadbir urus yang baik, KWSP juga melaksanakan polisi “Chinese Wall” bagi memastikan pengurus dana tidak mempunyai akses kepada sebarang maklumat penting yang tidak didedahkan kepada umum, seperti tawaran pengambilalihan yang mungkin berlaku.

“Polisi ini bertindak sebagai penghalang maklumat antara jabatan yang berbeza dalam KWSP, menghalang pendedahan maklumat material yang tidak didedahkan kepada umum dan mengekalkan integriti aktiviti pasaran,” katanya.

KWSP, seperti kebanyakan pelabur institusi besar lain yang mempunyai polisi “Chinese Wall”, memisahkan pasukan yang menguruskan kerjasama strategik atau urusan sulit dengan pasukan yang mengurus pelaburan dalam ekuiti awam.

Polisi itu menetapkan sempadan yang ketat antara pasukan yang mempunyai akses kepada maklumat material yang tidak didedahkan kepada umum dan pasukan yang terlibat dalam pasaran awam.

“Ini bagi memastikan keputusan yang dibuat oleh pengurus dana adalah berdasarkan maklumat yang tersedia kepada umum sahaja, mengelakkan sebarang kelebihan tidak adil atau dagangan orang dalam. “Langkah ini melindungi integriti operasi KWSP dan mengekalkan kepercayaan terhadap amalan tadbir urusnya,” katanya.

KWSP menjadi pemegang saham MAHB sejak 30 November 1999, apabila syarikat tersebut disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada harga RM2.50 sesaham.

Selama 24 tahun, KWSP telah menguruskan pelaburannya dalam MAHB berpandukan rangka kerja dan strategi jual beli saham yang teliti bagi memastikan pulangan yang optimum untuk ahlinya. – 15 Januari, 2025

Topics

 

◉ Popular

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related