◉ HEADLINES

Zakat Selangor perlu RM1.36 bilion, terdapat 71,000 keluarga miskin, kata Mimbar

Jika kutipan zakat Selangor ‘diseludup’ ke tempat lain oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, sudah tentu hak golongan asnaf yang kebanyakan adalah orang Melayu Islam yang berada dalam kategori miskin bandar, dinafikan

3:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dana sebanyak RM1.36 bilion diperlukan oleh Lembaga Zakat Selangor untuk menyantuni penerima zakat di Selangor, yang dianggarkan sebanyak 71,000 keluarga miskin yang berdaftar dengan lembaga tersebut sehingga September lalu.

Justeru, mimbar berkata jika kutipan zakat Selangor ‘diseludup’ ke tempat lain oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, sudah tentu hak golongan asnaf yang kebanyakan adalah orang Melayu Islam yang berada dalam kategori miskin bandar, dinafikan.

“Jika diihat dari hukum syarak, mengutip zakat di luar daripada sempadan negeri merupakan satu kesalahan dan zakat yang dibayar kepada ejen yang melanggar dan merentas sempadan Majlis Agama Islam Negeri adalah tidak sah.

“Cuba kita bayangkan, zakat yang dibayar kepada pihak yang tidak bertanggungjawab ini, yang disangka sah dan telah memenuhi kewajipan berzakat, rupa-rupanya tidak sah dan kewajipan berzakat masih lagi belum tertunai.

“Wang ringgit telah dibayar, tetapi kewajipan tidak tertunai dan masih dikira tidak membayar zakat. Apakah kesannya pula jika tidak menunaikan zakat? Nasib orang-orang yang tidak membelanjakan harta mereka untuk membayar zakat adalah azab seksa yang amat pedih di akhirat kelak,’’ kata Mimbar.

Menurut Mimbar, memungut zakat merupakan tugas pemerintah dan ia hanya boleh dibayar melalui amil yang telah dilantik atau ditauliahkan oleh pihak pemerintah dan di Selangor adalah Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Jelas Mimbar, Mais mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi, antaranya pemungut adalah amil yang dilantik atau ditauliahkan oleh Majlis.

“Jika Majlis Agama Islam sesuatu negeri melantik mana-mana individu atau organisasi sebagai amil atau ejen zakat, pelantikan tersebut adalah sah menurut hukum syarak tetapi ia di sempadan negeri atau bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri yang melantik.

“Peruntukan undang-undang mengenai larangan memungut zakat atau fitrah tanpa dilantik oleh Mais adalah bagi menjaga maslahah umum atau masyarakat negeri.

“Ia supaya tidak ada pihak yang sewenang-wenangnya mengambil kesempatan untuk menipu orang awam dengan cara memungut zakat atau fitrah untuk kepentingan peribadi semata-mata atau kepentingan pihak lain,’’ kata Mimbar. – 1 November, 2024

Topics

 

◉ Popular

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Can Malaysians be more friendly? Country 24th in friendliness, welcome for expats

2024 ranking a slide from 15th spot in previous year, locals in Philippines, Indonesia and Thailand easier to befriend

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

◉ Related