HEADLINES

Jawatankuasa khas ditubuh teliti dapatan laporan akhir insiden Putra Heights: Amirudin

Kerajaan Selangor rancang langkah pencegahan dan penambahbaikan dengan sokongan Petronas, pastikan tragedi tidak berulang

7:22 PM MYT

 

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi merangka langkah susulan yang menyeluruh hasil dapatan laporan akhir insiden kebakaran dan letupan paip gas di Putra Heights pada 1 April lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, siasatan yang dikendalikan pasukan khas melibatkan lebih 35 agensi itu berjaya mengenal pasti punca teknikal insiden serta cadangan penambahbaikan yang diperlukan bagi mengelakkan tragedi seumpama itu berulang.

“Satu jawatankuasa khas akan dibentuk oleh pihak kerajaan negeri dengan sokongan daripada Petronas dan pihak berkaitan untuk mencadangkan beberapa langkah-langkah susulan yang perlu diambil oleh pihak kerajaan.

“Sama ada daripada aspek perundangan, daripada aspek langkah-langkah susulan kerajaan, aspek undang-undang dan pelbagai perkara lain.

“Undang-undang saya maksudkan adalah peraturan-peraturan yang boleh dicadangkan oleh pihak kerajaan negeri supaya kita boleh merangka satu langkah-langkah preventif terhadap peristiwa ini ataupun langkah-langkah susulan untuk memastikan peristiwa ini tidak berulang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Laporan Akhir Siasatan Insiden Kebakaran Putra Heights di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di sini, hari ini.

Hadir sama di sidang termasuk Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Amirudin berkata, kerajaan negeri akan turut meneliti peranan kerajaan Persekutuan serta agensi penguatkuasaan khususnya dalam aspek pengurusan bencana serta penjelasan kepada umum mengenai kejadian itu

“Ini termasuk hak masyarakat untuk mengetahui secara telus punca dan tindakan selepas tragedi ini,” katanya.

Terdahulu, insiden letupan paip gas bawah tanah yang berlaku kira-kira jam 8.10 pagi pada 1 April lalu telah menjejaskan seramai 529 penduduk daripada 118 keluarga.

Sejumlah 235 premis termasuk rumah dan kedai terjejas dengan 87 unit musnah sepenuhnya.

Selain itu sebanyak 225 buah kenderaan pula mengalami kerosakan. Kejadian menyebabkan seramai 126 individu cedera termasuk ada dirawat di unit rawatan rapi. – 30 Jun, 2025

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related