◉ HEADLINES

Tidak ada sekatan untuk Elisya Sandha berlakon dengan mana-mana produksi: Shiela Rusly

Sheila juga memberitahu, selama menjadi produser, dia tidak pernah berdepan dengan pengalaman produk drama tidak dibayar oleh stesen televisyen

8:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Produser, pengacara dan pelakon Sheila Rusly menafikan bahawa dia telah meletakkan syarat kepada menantunya, Elisya Sandha supaya hanya bekerja dengan karya drama terbitan syarikat produksinya, JS Pictures.

Bahkan, Sheila mengakui Elisya baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem bersama syarikat produksi milik David Teo iaitu Metrowealth International Group (MIG).

Sebagai seorang produser, Sheila sering menasihatkan Elisya untuk bijak memilih pengarah demi menjaga mutu lakonannya. – Gambar Scoop, 14 September, 2023

“Tiada sekatan untuk Elisya Sandha untuk berlakon dengan mana-mana produksi. Memang tidak pernah ada sekatan pun.

“Dia bebas bekerja dengan mana-mana produksi, pengarah mana. Tapi, pada waktu yang sama, saya selalu ingatkan dia supaya pilih watak dan pilih pengarah juga,” katanya kepada Scoop.

Menurut Sheila, nasihat itu diberikan kepada Elisya kerana dia mahu menantunya itu menjaga kualiti lakonannya.

“Kalau anda sudah ada satu penanda aras, anda kena jaga penanda aras tersebut. Sama ada anda lebih ke atas atau anda berada di paras yang sama. Tapi anda tidak boleh turun lagi. Kena jagalah benda tuh,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Sheila berkata, dia tidak pernah berdepan dengan pengalaman produk drama tidak dibayar oleh stesen televisyen.

“Selama saya jadi produser, tidak ada stesen televisyen yang tidak bayar. Bila kita nak terbitkan apa-apa karya, kita mesti ada perjanjian hitam putih daripada stesen televisyen yang mengatakan mereka akan beli karya anda.

“Kalau anda buat finish product tanpa ada perjanjian hitam putih dan karya anda tidak memenuhi kriteria yang stesen mahukan, anda akan ditolak.

“Semua orang boleh buat finish product. Anda ada duit, anda boleh membuatnya. Tapi, sama ada stesen televisyen mahu beli atau tidak karya anda, itu 50-50 lah,” jelasnya. – 14 September 2023

Topics

 

◉ Popular

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related