HEADLINES

Seronok tak jadi pelakon, ke dah serik dah tak nak berlakon lagi?: Jasmin Hamid soal Hael Husaini pertama kali berlakon seumur hidupnya

Hael Husaini kini sibuk menjayakan penggambaran mega drama My Famous Ex Boyfriend untuk tayangan Astro bersama Qasrina Karim, Nadhir Nasar serta Jasmin Hamid

9:17 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Rasanya ramai peminat Hael Husaini sudah sedia maklum bahawa penyanyi lagu Jampi itu yang sebelum ini tidak pernah berlakon, telah mula melebarkan sayapnya dalam bidang lakonan.

Bahkan, dia sibuk menjayakan penggambaran mega drama My Famous Ex Boyfriend untuk tayangan Astro yang diadaptasi daripada novel karya Nurul Syahida terbitan Alaf 21 itu. Drama ini turut menampilkan beberapa pelakon lain termasuk Qasrina Karim, Nadhir Nasar serta Jasmin Hamid.

Ketika menjayakan sesi fotografi untuk mega drama tersebut, Jasmin yang sedang sibuk disolek jurumekap artis telah mengambil kesempatan untuk mewawancara Hael.

“Seronok tak jadi pelakon,” soalnya.

“Baru hari keempat kak, masih belajar lagi?” jawab Hael.

Jasmin dengan senyuman yang menampakkan lesung pipit terus bertanya lagi, “Oh baru hari keempat. Ke dah serik nak berlakon lagi?

Pertanyaan Jasmin yang kedua itu membuatkan Hael tidak mampu menjawab, bahkan ia membuatkan Hael ketawa terbahak-bahak.

Namun dalam sesi perbualan yang singkat itu, Hael turut mengambil kesempatan memberitahu Jasmin bahawa dia cukup menyukai lakonannya aktres senior itu sebagai ‘minah sengau’. Yang pernah tonton drama itu, adakah anda masih ingat tajuknya?

Apapun, Jasmin dalam hantaran video yang dimuat naik di Instagramnya memberitahu dia cukup gembira dapat bekerjasama dengan Hael.

“Dia sangat merendah diri dan letakkan dirinya sebagai pelakon bila tiba di set shooting. Sama attitude dengan beberapa penyanyi popular yang saya pernah bekerjasama.

“Sebenarnya, sama ada status bila bergelar anak seni. Cuma cabang sahaja berbeza. Hormat je setiap cabang seni yang Allah SWT anugerahkan. Jika orang di atas pun boleh humble, kenapa orang yang di bawah pulak nak mendabik dada,” katanya.

Jasmin juga mengingatkan kepada semua agar menjadi manusia yang memberi manfaat kepada manusia lain, saling menghormati dan tahu menjaga batas dan lisan. – 1 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related