Kak Lina Pom Pom umum undur diri dari GV10 atas sebab…, peminat ugut boikot program

Pengunduran Kak Lina Pom Pom itu mengejutkan peminatnya dan mereka mengganggap, ketiadaan selebriti terbabit umpama menghilangkan ‘seri’ rancangan berkenaan

5:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kontroversi menyelubungi rancangan All Stars Gegar Vaganza Musim 10 (GV10) tidak pernah habis dan terbaharu, pengacaranya, Elly Mazlien membuat pengumuman mengejutkan apabila memaklumkan dia mengundurkan diri daripada pertandingan nyanyian popular terbitan Astro itu.

Elly Mazlien yang juga dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom membuat pengumuman tersebut menerusi portal Astro Gempak sebentar tadi.

Malah, dia turut memohon maaf kerana terpaksa mengambil keputusan berkenaan.

Ketua Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqhim Ahmad mengakui amat sedih dengan pengunduran Elly Mazlien daripada program tersebut. – Gambar media sosial, 11 Oktober, 2023

“Kak Lina memohon maaf kerana tidak dapat meneruskan mengacara All Stars Gegar Vaganza atas sebab-sebab peribadi.

“Kak Lina juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong Kak Lina sepanjang siaran All Stars Gegar Vaganza.

“Sesungguhnya Kak Lina amat menghargainya. Insha Allah kita doakan rancangan All Stars Gegar Vaganza terus berjaya dan Kak Lina berharap agar peminat kekal menyokong semua bintang GV yang bertanding,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqhim Ahmad pula berkata, pihaknya amat sedih dengan pengunduran Elly Mazlien daripada program tersebut.

“Namun, selepas membuat pertimbangan secara teliti, pihaknya menghormati keputusan berkenaan.

“Pihak Astro ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kak Lina atas kesungguhan dan komitmen diberikannya sepanjang siaran All Stars Gegar Vaganza,” katanya.

Dengan pengunduran Kak Lina Pom Pom itu, rancangan berkenaan akan terus dikendalikan Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai hos, seperti musim GV awal.

Sementara itu, meninjau Instagram Kak Lina Pom Pom, dia hanya menyertakan link video mengenai berita pengundurannya melalui portal hiburan milik Astro tersebut.

Ia sekali gus memeranjatkan peminatnya, malah ada yang meminta supaya Astro terus mengekalkannya di dalam GV10 kerana persembahannya sebagai hos cukup menghiburkan.

Ada pula yang mengugut tidak mahu menonton lagi rancangan itu kerana tanpa Kak Lina, mereka beranggapan ia akan menjadi bosan.

Bahkan, mereka mendakwa lebih rela menonton program daripada stesen televisyen lain.

Manakala, ada juga menyalahkan segelintir netizen yang sering melontarkan kecaman terhadap Kak Lina Pom Pom, dengan mengatakan dia over (melampau) ketika mengacara, sedangkan Nabil Ahmad didakwa turut bertindak berlebihan, sehingga sering menjatuhkan air muka orang lain – 11 Oktober, 2023

Topics

Popular

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related