HEADLINES

Fizi Ali dedah anak tiri enggan ke sekolah, trauma gara-gara foto…

Situasi itu memberikan tekanan kepada Fizi kerana dia baru sahaja ingin memulakan kehidupan berkeluarga sekali lagi, tetapi dihimpit kontroversi seperti ini

7:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyampai radio Hot FM, Fizi Ali yang baru sahaja bergelar suami buat kali kedua minggu lalu, mendedahkan anak tirinya trauma selepas foto ‘tekup mulut’ menjadi tular di media sosial.

Dalam foto dirakam pada hari perkahwinannya, anak tirinya dilihat menekup mulut anak kandung Fizi, iaitu Ameena Sofea.

Situsi itu membuatkan ibu kepada Ameena yang juga bekas isteri Fizi, Shakilla Khoriri tidak puas hati dan menuntut penjelasan.

Menurut Fizi atau nama sebenarnya, Mohd Hafizudin Alimudin, 34, anak tirinya, Damia, 11, enggan ke sekolah kerana trauma dengan kejadian itu.

“Saya bernikah Isnin. Bermula Rabu dia dah tak nak pergi sekolah sampailah Jumaat. Ada kawan-kawannya beri video daripada Tik Tok yang sudah disunting. Mereka bulatkan wajahnya.

Menjelaskan situasi sebenar gambar berkenaan, Fizi Ali berkata, ketika itu anaknya Ameena ingin mencium tangan kakak tirinya, namun ia disalah erti orang yang melihatnya – Gambar Instagram Fizi Ali, 3 November, 2023

“Ada menggelarnya pembuli. Dia sering menangis dalam bilik. Pada mulanya, saya dan isteri ingat dia okey. Bila kami masuk bilik, kami lihat dia menangis. Isteri saya turut menangis kerana tidak sangka perkara terbabit sampai jadi teruk macam ini.

“Sampai anak tiri saya cakap macam mana kalau kita keluar nanti? Mesti orang tak suka dan marah kita,” katanya kepada Scoop.

Tambah Fizi, situasi itu turut memberikan tekanan kepadanya kerana dia baru sahaja ingin memulakan kehidupan berkeluarga sekali lagi, tetapi dihimpit kontroversi seperti ini.

“Bayangkan perkara begini berlaku di hari bahagia kami. Sebab itu saya ambil pendekatan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan pada ketika itu.

“Saya harus tenangkan keluarga saya terlebih dulu. Bila semuanya dah reda, barulah saya mampu untuk menjawab segala pertanyaan daripada wartawan,” jelasnya.

Fizi tak sangka perkara ini boleh jadi satu kes yang sangat besar, sehingga ada yang menuduh anak tirinya sebagai pembuli – Helmi Anuar/Scoop, 3 November, 2023

Menjelaskan situasi sebenar gambar berkenaan, Fizi berkata, ketika itu anaknya Ameena ingin mencium tangan kakak tirinya, namun ia disalah erti orang yang melihatnya.

“Anak saya dan kakak tirinya suka berpegangan tangan. Ameena ketika itu kata, dia nak cium tangan kakaknya. Itu yang kelihatan seperti itu.

“Jika tanya saya, saya rasa momen itu sangat sweet (manis) apabila seorang adik ingin mencium tangan kakaknya.

“Tapi saya tak sangka perkara ini boleh jadi satu kes yang sangat besar,” ujarnya.

Terdahulu, Fizi dan isterinya yang dikenali Siti Zulaikha, 30, berkahwin pada 23 Oktober lalu selepas lebih setahun berkenalan.

Mereka merahsiakan pertunangan dan perancangan majlis perkahwinan itu sehingga sah menjadi suami isteri. – 3 November, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related