Fizi Ali tamat zaman duda, selamat bernikah dengan rakan niaga

Pasangan ini telah bertunang beberapa bulan lalu namun memilih untuk mendiamkan diri kerana bimbang andai mereka tidak jadi berkahwin

8:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Penyampai radio Hot FM, Fizi Ali, 34, telah menamatkan zaman dudanya hari ini selepas menikah dengan Siti Zulaikha, 30, dalam majlis yang berlangsung di Gombak pagi tadi.

Hanya dengan sekali lafaz, Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizuddin Alimudin sah bergelar suami kepada rakan niaganya sendiri yang juga ibu tunggal dan mempunyai seorang anak.

Fizi menerusi kenyataan yang diedarkan oleh Hot FM berkata, perkenalannya dengan isteri berlaku secara kebetulan.

“Kami pada mulanya hanya rakan niaga, tetapi akhirnya menemui keserasian.

“Isteri saya adalah insan paling rapat dan menjadi pendorong untuk saya lebih bersemangat ketika berhadapan detik sukar.

“Dengan berkat doa ibu bapa akhirnya kami disatukan sebagai suami isteri,” katanya.

Pasangan sama cantik sama padan ini juga telah merahsiakan pertunangan mereka yang berlangsung beberapa bulan lalu.

“Kami ambil keputusan untuk berdiam diri kerana bimbang perancangan tidak menjadi kenyataan.

“Namun saya pasti berkongsi bila tiba tarikh kami disatukan sebagai suami isteri yang sah. Kami pilih 23 Oktober untuk disatukan kerana tarikhnya cantik,” ujarnya.

Fizi menerusi kenyataan yang diedarkan oleh Hot FM berkata, perkenalannya dengan isteri berlaku secara kebetulan. – Gambar Helmi Anuar/Scoop, 23 Oktober, 2023

Bercerita lanjut mengenai wanita yang berjaya menambat hatinya, kata Fizi dia bersyukur kerana ‘rezeki’ bertemu dengan wanita yang turut memiliki anak perempuan.

“Alhamdulillah, anaknya dan anak saya iaitu Ameena Sofea selesa bersama dan dia juga mula menerima isteri saya.

“Mungkin saya pula kena tinggal seorang diri di rumah kerana Ameena sudah temui teman baik iaitu mama dan kakaknya. Doakan saya bahagia bersama isteri, anak dan keluarga untuk harungi cabaran bersama.

“Moga perkahwinan saya kali ini kekal hingga ke jannah,” katanya.

Fizi sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon, Shakilla Khoriri pada tahun 2018. Namun bercerai pada 2021. – 23 Oktober, 2023

Topics

Popular

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related