◉ HEADLINES

Gara-gara Covid-19, hasrat Che Ta rai ulang tahun perkahwinan ke-10 tertangguh

Pelakon itu sedang menjalani kuarantin di rumah dan keadaannya sedikit lemah

1:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hasrat Che Ta atau Rozita Che Wan mahu meraikan ulang tahun perkahwinan ke-10 pada 11 Disember ini, tertangguh selepas dia disahkan positif Covid-19 baru-baru ini.

Isteri kepada Zain Saidin itu bagaimanapun reda dengan ujian menimpanya.

“Ikutkan semua persiapan nak raikan ulang tahun perkahwinan ke-10 itu sudah siap. Jemputan, lokasi majlis, solekan, busana pun sudah diatur.

“Tapi apakan daya, pada 8 Disember lalu saya melakukan ujian kendiri Covid-19 dan keputusannya positif.

“Nampaknya gelombang baharu virus ini datang kembali bukan omong kosong,” katanya.

Susulan itu, Che Ta mengambil keputusan untuk menunda majlis berkenaan demi keselamatan keluarga dan tetamu yang diundang.

“Saya pun tak mahu risikokan diri, keluarga dan tetamu untuk majlis sambutan perkahwinan ini.

“Jadi buat sementara waktu, tunda dulu majlis berkenaan. Biar semuanya baik-baik dulu,” katanya.

Che Ta mengambil keputusan untuk menunda majlis ulang tahun perkahwinan berkenaan demi keselamatan keluarga dan tetamu yang diundang – Gambar ihsan Rozita Che Wan, 9 Disember, 2023

Ditanya mengenai tahap kesihatannya yang sedang menjalani kuarantin di rumah, ibu kepada tiga cahaya mata itu mengakui keadaannya sedikit lemah.

“Nak tidur pun susah. Sakit kepala rasa macam nak pecah otak. Saya pun batuk berterusan macam nak terbelah dada.

“Pada 9 Disember lalu, saya buat lagi ujian kendiri Covid-19 dan masih positif. Harap semua akan baik-baik saja selepas ini.

“Jadi kita jangan ambil mudah perihal virus ini yang belum lagi ‘nyah’ dalam hidup kita,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Che Ta baru saja selesai menjalani penggambaran program masakan Cuit Cuit Che Ta musim ketiga yang akan disiarkan di TV Okey pada bulan Ramadan yang akan datang.

“Kali ini, saya mengendalikan program 30 episod itu bersama suami tercinta dengan kehadiran tetamu dalam kalangan artis sebagai ‘cef’ masakan.

“Selepas itu, saya akan jadi juri program The Mask Singer musim keempat. Selain itu, saya akan lancar produk terbaharu ByRCW awal tahun depan,” katanya yang turut menerima anugerah Kecemerlangan Perniagaan Bumiputera (BBEA) 2023, baru-baru ini. – 9 Disember, 2023

Topics

 

◉ Popular

Penemuan kecederaan luar biasa pada badan, JSJ Bukit Aman diarah segera siasat kematian Noorizwan

'Saya telah meminta JSJ, khususnya pengarahnya Datuk M. Kumar, untuk menyiasat kes ini secepat mungkin dan memaklumkan hasil siasatan kepada orang ramai,' kata Mohd Khalid

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

◉ Related