◉ HEADLINES

Kejap pakai tudung, kejap buka, netizen akui Fathia Latiff buat mereka jadi bingung

Disebabkan itu, mereka menggelarnya sebagai ‘chipsmore’, sekejap ada sekejap tiada

5:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Masih lagi berada di Jepun sampai saat ini, pelakon, Fathia Latiff terus meninggalkan tanda tanya dalam kalangan pengikutnya apabila memuatkan gambar dalam keadaan berhijab dan tanpa hijab.

Menerusi sekeping gambar yang dimuat naik beberapa jam lalu, Fathia tampil tanpa berhijab sambil berswafoto di hadapan sebuah kafe yang bernama Grandma’a Cafe.

Dengan mengenakan solekan yang tipis dan tampak semula jadi, ramai yang memuji kecantikan asli yang dimilikinya.

Apatah lagi, bila dia tidak mewarnakan rambut asli hitamnya itu dengan warna-warna lain.

Ada peminat yang meminta Fathia Latiff kembali berhijab kerana dia nampak lebih sopan dan manis dengan imej dan penampilan seorang wanita Muslimah. – Gambar Instagram Fathia Latiff, 27 Januari, 2024

Namun ada juga yang memintanya supaya dia kembali berhijab kerana dia nampak lebih sopan dan manis dengan imej dan penampilan seorang wanita Muslimah.

Kemudian, sejam yang lalu, Fathia memuat naik pula sekeping gambarnya dalam keadaan yang bersolek dan berhijab.

Dalam gambar itu juga, wajahnya nampak lebih mulus dan bentuk badannya juga lebih kurus dan langsing.

Ada yang berpendapat dia telah melakukan suntingan terhadap gambar itu sehingga wajah dan bentuk badannya nampak lain.

Tidak kurang juga yang menyatakan mereka bingung dengan Fathia kerana ada masanya dia mengenakan hijab dan ada masanya pula dia melepaskan rambutnya.

Disebabkan itu, mereka menggelarnya sebagai ‘chipsmore’, sekejap ada sekejap tiada.  – 27 Januari, 2024

Topics

 

◉ Popular

Penemuan kecederaan luar biasa pada badan, JSJ Bukit Aman diarah segera siasat kematian Noorizwan

'Saya telah meminta JSJ, khususnya pengarahnya Datuk M. Kumar, untuk menyiasat kes ini secepat mungkin dan memaklumkan hasil siasatan kepada orang ramai,' kata Mohd Khalid

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

Isu kibar bendera China: Hentikan keluar kenyataan berbaur hasutan, 3R, tegas Fahmi

Menteri Komunikasi berkata ia bagi mengelak sebarang tindakan dikenakan ke atas mana-mana pihak yang mungkin tidak berpuas hati dengan kejadian berkenaan

◉ Related