HEADLINES

Mizz Nina tarik balik kes penjagaan Musa, Noh Salleh tertanya apa permainan bekas isterinya

Mizz Nina juga tidak hadir ke prosiding Sulh di Mahkamah Syariah Shah Alam pagi tadi dan mewakilkan suaminya, iaitu Essam Muhammad

1:05 PM MYT

 

SHAH ALAM – Penyanyi Noh Salleh terkejut apabila bekas isterinya, iaitu Mizz Nina menarik semula kes penjagaan penuh dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara anak angkat mereka, Musa.

Menurut Noh atau nama sebenarnya Muhammad Noh Salleh, 39, dia hanya mahukan kebenaran kerana mendakwa dirinya dianiaya.

Noh turut menafikan dakwaan mengatakan dia menculik Musa pada 19 Disember lalu.

“Saya terkejut, dia (Mizz Nina) minta saya datang mahkamah kemudian dia menarik kes. Ketika proses Sulh pun tiada apa yang terjadi. Jadi tunggu esok (6 Februari) di hadapan hakim.

“Harapan saya semoga ada kebenaran kerana saya sudah dianiaya di hadapan khalayak ramai, saya hanya mahu kebenaran.

“Saya tidak menculik Musa, ketika itu saya ada persembahan di Sabah. Kalau saya culik saya akan sorok. Tapi saya tunjuk Musa ada dengan saya. Saya juga mencari Mizz Nina untuk berbincang,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam usai prosiding Sulh bagi hak penjagaan Musa.

Vokalis kumpulan Hujan itu turut mengakui dia tidak mengetahui punca sebenar Mizz Nina menarik semula kes tersebut.

“Saya perlu menjawab tuduhan dia, tidak adil di sebelah pihak saya dan apa sebenarnya permainan dia? Saya mahukan kebaikan untuk Musa.

“Tiada perjanjian hak penjagaan, kalau ada sila tunjukkan. Surat yang dikatakan hanya SD (akuan berkanun) sahaja, tidak boleh digunapakai dalam kes ini dan surat itu sudah ditarik balik.

“Kalau boleh biarlah kita jaga sama-sama, ada sebab saya buat begitu. Saya tidak akan suka-suka masuk hal rumah tangga orang.

“Itu bukan anak dia, Musa anak Wan Nuraisyah Athirah. Saya sudah dapat surat pengesahan daripada ibu kandung Musa,” ujarnya.

Sementara itu, peguam yang mewakili Noh iaitu Megat Syazlee Mokhtarom dan Muhammad Shamsyuar Jasmin berkata, tiada sebarang dokumen penyerahan dikemukakan.

“Di dokumen penjagaan itu ada dua nama, satu nama Noh dan satu nama Mizz Nina. Jadi tiada isu. Tiada dokumen penyerahan hanya ada dokumen penjagaan.

“Dua-dua ada hak, isunya sekarang hak itu ada pada siapa. Siapa yang menidakkan siapa?” katanya.

Sementara itu, Mizz Nina tidak hadir ke mahkamah dan mewakilkan suaminya iaitu Essam Muhammad.

Terdahulu, Nina mendakwa Noh membawa keluar anak angkatnya, Musa tanpa kebenaran dan pengetahuan pihaknya.

Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 44, mengakui perkara yang disifatkan sebagai satu pengkhianatan itu memberikan kesan emosi kepadanya, apatah lagi dia adalah ibu susuan kepada Musa.

Bagaimanapun, Noh membuat kenyataan di program Melodi bahawa tiada langsung unsur penculikan seperti yang didakwa, malah sudah mendapatkan kebenaran ibu kandung Musa untuk menjaga kanak-kanak itu.

Kemudian, Noh tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dituntut ibu kandung Musa yang hanya mahu dikenali sebagai Athira. – 5 Februari, 2024

Topics

 

Popular

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

The North Face bids farewell to Malaysia with 60% clearance sale

Beloved outdoor brand announces closure of its seven retail outlets, leaving fans saddened, with many expressing their feelings on social media

Related