Kalau itu bukan diri kita, tak perlu buat pun: Fazura komen trend viral di media sosial

Fazura bagaimanapun berterima kasih kepada teknologi digital yang mendekatkan lagi dirinya dengan peminat

1:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon dan usahawan, Nur Fazura Sharifuddin atau Fazura, 41, mengakui landskap digital banyak mempengaruhi kerjaya seni yang mula diceburinya secara profesional pada 2004.

Menurut Fazura, landskap digital memberi peluang kepadanya untuk berhubung dengan peminat secara terus dan langsung dan menjadikan hubungan mereka lebih dekat dan akrab lagi.

“Sebelum wujudnya dunia digital dan media sosial, saya tak punya ruang nak berinteraksi dengan peminat.

“Dulu, wartawan yang jadi pengantara antara peminat dan artis atau peminat akan berusaha tulis surat kepada artis yang mereka minati.

“Tapi sekarang, dengan adanya media sosial, peminat sudah boleh berhubung secara terus dan langsung dengan artis. Tapi, ia mempunyai kesan positif dan negatif,” katanya.

Jelas Fazura lagi, dari sudut positif, artis akan merasa lebih dekat dengan peminat tetapi, kesan buruknya, ia mendedahkan kehidupan mereka dengan masyarakat.

“Saya rasa itu yang kurang okey. Sebab, saya ini adalah seorang yang private (mementingkan privasi). Bila terlalu ‘terbuka’, ia juga memberi ruang kepada kita untuk berkomunikasi dengan sesiapa sahaja.

“Kalau dengan peminat tidak apa. Tapi, kalau dengan ‘haters’ itu yang tak best (seronok). Tapi, saya tetap berterima kasih dengan teknologi media sosial yang kita ada sekarang kerana ada kelebihan,” katanya.

Tambah Fazura lagi, walaupun media sosial mempunyai banyak kelebihan, dia tidak mudah terikut-ikut dengan trend baharu seperti menari dan melakukan ‘prank’.

“Masa mula-mula TikTok wujud dulu, memang saya tak terkecuali. Tengok orang menari atau berjoget kita pun rasa nak terikut-ikut juga. Cuba untuk buat, tapi tak boleh dan tak menjadi. Rasa kelakar pun ada.

“Rasanya, ia mungkin disebabkan kerana itu bukanlah diri saya dan sebetulnya, kekal menjadi diri sendiri adalah sangat penting.

“Bila kita ada media sosial, kita memang mudah nak ikut serta melakukan trend-trend viral dan sebagainya. Tapi, kalau benda itu bukan diri kita, tidak perlu buat pun,” katanya. – 13 Mac, 2024

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Fuad has no right to intervene in Sabah 40% special grant case: Kitingan

Deputy CM asserts that the lawyer has no authority to speak for state govt as he was not appointed

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

Related