Kita jadi tetamu Allah bukan sebab bercuti tapi beribadah, Bazli Unic komen isu trend buat konten di Makkah

Bazli juga sudah muncul dengan dua lagu Ramadan, iaitu Doa Kehormatan Al-Quran dan Ria Ramadan hasil kolaborasi dengan Venus

7:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan segelintir umat Islam di tanah air yang gemar memuatnaik pelbagai konten ketika mengerjakan umrah sehingga ia menjadi suatu trend atau ikutan akhir-akhir ini, dilihat cukup membimbangkan.

Sehubungan itu, penyanyi nasyid, Bazli Unic berharap golongan yang diberikan rezeki dan peluang menjadi tetamu Allah SWT, tidak akan mensia-siakan peluang mengerjakan sebanyak mungkin ibadat di Tanah Suci.

Bazli yang masih kekal sebagai anggota kumpulan nasyid, Unic juga sudah muncul dengan dua lagu sempena Ramadan. – Gambar Instagram Bazli Unic, 15 Mac, 2024

“Kepada bakal tetamu Allah yang akan menunaikan umrah. Tahniah dan selamat beribadah. Cuma sedikit nasihat saya. Sekarang ini, budaya buat konten di Makkah sudah semakin terbiasa.

“Macam-macam konten dimuatnaik yang dapat kita lihat di media sosial. Ada kirim doa. Yang buat konten cinta, ada. Yang jual produk pun ada. Konten bersilat pun ada dan macam-macam lagi.

“Semoga kita dapat kekalkan niat kita yang ikhlas dan dapat membawa rasa kehambaan serta rasa tawaduk. Sebab menjadi tetamu Allah ini bukanlah seperti bercuti tapi beribadah,” katanya sewaktu mengulas itu tersebut.

Bazli atau Bazli Hazwan Che Osman, 39, yang masih kekal sebagai anggota kumpulan nasyid, Unic juga sudah muncul dengan dua lagu sempena Ramadan.

Yang pertama adalah lagu solonya, Doa Kehormatan Al-Quran yang dikongsi di YouTube miliknya sendiri, Bazli Channel.

Menurut Bazli, dia menghasilkan lagu itu agar masyarakat Islam dapat mengamalkannya sepanjang Ramadan ini.

Lagu kedua adalah Ria Ramadan yang menyaksikan kolaborasi Venus bersama Unic dan ia boleh didapati di semua platform penstriminan musik.

Dalam pada itu, Bazli sering berkongsi soal jawab berkaitan Ramadan melalui media sosialnya.

Misalnya, doa siapa yang tidak ditolak sepanjang Ramadan ini, dosa atau tidak jika tidak sengaja makan ketika berpuasa dan hal boleh mendatangkan pahala jika wanita berada dalam keadaan uzur. – 15 Mac, 2024

Topics

Popular

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related