◉ HEADLINES

Teruja sertai misi kemanusiaan di Syria, Nadzmi Adhwa agih makanan, barang keperluan di kem pelarian

Nadzmi bertolak ke Syria malam semalam dan akan berada di sana 10 hari bermula 24 Mac hingga 2 April ini

10:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kesan gempa bumi pada Februari 2023 dan peningkatan ketegangan tentera sekitar Oktober tahun lalu, menambahkan lagi bilangan kem baharu yang berselerak di Syria.

Sehubungan itu, badan bukan kerajaan (NGO) Cinta Syria Malaysia (CSM) masih utuh menyalurkan bantuan kemanusiaan buat pelarian Syria menjalani ibadah puasa.

Pada tahun ini, CSM menyasarkan kutipan dana RM2.1 juta bagi Misi Ramadan CSM ke-11.

Ia susulan hampir 90 peratus rakyat Syria berada di bawah paras kemiskinan dan lebih daripada 15 juta memerlukan bantuan kemanusiaan, menurut laporan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) yang dikeluarkan pada Jun 2023.

Sehubungan itu, lapan sukarelawan termasuk selebriti Nadzmi Adhwa, Ardell Aryana dan Zizi Kirana serta pempengaruh media sosial, Farah Lee dan Haroqs menyertai misi kemanusiaan di Syria kali ini bermula pada 24 Mac hingga 2 April 2024.

Bagi misi itu, Nadzmi bersama Farah Lee dan Haroqs adalah tim pertama bertolak ke Syria, manakala Zizi Kirana dan Ardell Aryana menjadi kumpulan kedua ke sana dalam tempoh terdekat – Gambar Instagram Cinta Syria Malaysia, 24 Mac, 2024

Pemilihan rakan artis dan pempengaruh media sosial dalam misi ini bukan semata-mata untuk menyebarkan kesedaran mengenai isu kemanusiaan di negara bergolak, malah ia membuktikan sumbangan disampaikan kepada penerima dimanfaat mereka yang betul-betul memerlukan.

Nadzmi yang cukup bersemangat menyertai misi kemanusiaan sudah bertolak ke Syria bersama Farah Lee dan Haroqs serta pihak Aryana Care dan Cinta Syria Malaysia malam semalam.

“Sepanjang berada di sana selama 10 hari, kami akan mengagihkan pek makanan iftar, kotak makanan, kit kanak-kanak, kit ibadah dan baju sejuk kepada penduduk di kem pelarian Syria di dua lokasi utama, iaitu Al-Bab dan Azaz.

“Paling penting, kami juga akan berbuka puasa dan bersahur bersama mereka. Jadi, pada anda semua yang masih terus mahu menyumbang dan berkongsi rezeki, tak kisahlah 50 sen, RM1, RM2 atau berapa sahaja, anda bolehlah berbuat demikian melalui Cinta Syria Malaysia.

“Yang dah menyumbang semoga Allah SWT memberkati sumbangan kalian ketika Ramadan ini dan semoga segala urusan kalian akan dipermudahkan,” kata pelakon itu menerusi satu perkongsian video.

Dalam pada itu, Nadzmi memberitahu, dana berjumlah RM272,600 yang dikutip daripada masyarakat untuk misi Tabung Bantuan Palestin sudah diserahkan kepada pihak di negara berkenaan.

Bagi misi itu, Nadzmi bersama Farah Lee dan Haroqs adalah tim pertama bertolak ke Syria, manakala Zizi Kirana dan Ardell Aryana menjadi kumpulan kedua ke sana dalam tempoh terdekat.

Mana-mana pihak atau individu yang berminat membantu usaha itu, boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Maybank Ramadan 4 Syria di nombor 550511620740 atau dengan melayari www.ramadan4syria.com. – 24 Mac, 2024
 

Topics

 

◉ Popular

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related