HEADLINES

Lagu Teman memang kami hasilkan untuk mereka yang sukar tidur malam: Insomniacks

Insomniacks juga akui mendapat ilham menghasilkan lagu ini daripada kelompok pendengar muzik mereka

4:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kembali dengan single baharu berjudul Teman, kumpulan muzik popular, Insomniacks mengakui mendapat ilham menulis lagu tersebut selepas mendengar luahan pendengar muzik mereka.

Vokalis yang juga pemain gitar Insomniacks, Iqie berkata kepada Scoop, rata-rata pendengar muzik mereka menyatakan lagu-lagu dari kumpulan itu sering menemani mereka dalam kehidupan harian.

Ia termasuk ketika dalam perjalanan ke tempat kerja atau belajar, mengulang kaji pelajaran dan saat terjaga di waktu malam sekali gus memberi ilham kepada mereka.

“Insomniacks mahu diskografi ini mengandungi lagu-lagu yang boleh menjadi lagu pengantar tidur dan pada satu sisi lain ia mengenai bagaimana untuk sentiasa berada di sisi insan tersayang.

“Proses rakamannya juga mudah kerana bekerja dengan dua bapa saudara saya yang merupakan pemuzik berbakat dan mempunyai pengalaman luas,’’ kata Iqie yang enggan mendedahkan nama mereka.

Selain Iqie, Insomniacks turut dianggotai Danial selaku vokalis kedua dan pemain gitar serta Iskandar (vokalis ketiga dan pemain bass).

Sementara Danial pula berkata, mereka menggunakan khidmat pengarah, Dick Wai daripada Unfold Production untuk menghasilkan muzik video lagu tersebut.

Lagu-lagu Insomniacks sering menemani kehidupan harian peminat mereka ketika dalam perjalanan ke tempat kerja atau belajar, mengulang kaji pelajaran dan saat terjaga di waktu malam. – Gambar PR, 25 Mac, 2024

“Ia mempunyai visual dan jalan cerita yang menarik dari segi sinematografi dan visual grafik yang menarik untuk pendengar hayati.

“Ada yang merasa menemani seseorang itu membuang masa dan tiada pulangan. Ia mungkin kedengaran benar namun hidup perlu bermasyarakat, membantu satu sama lain dan berada di samping orang yang kita sayang.

“Saya berharap pendengar dapat memahami maksud di sebalik lagu yang penuh bermakna ini dan semoga ia menjadi ikutan serta siulan ramai.

“Saya juga harap pendengar dapat merasai nilai persahabatan yang cuba dipaparkan menerusi video itu,’’ katanya ketika menutup bicara.

Single Teman dicipta Iqie serta digubah dan dibantu Bajai iaitu penerbit yang tidak asing lagi bersama Insomniacs.

Ia boleh didengari di semua platform pensitriminan dan digital muzik serta muzik videonya juga ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Insomniacks. – 25 Mac, 2024

Topics

 

Popular

Inside the Bandar Utama school tragedy: a timeline of the shocking fatal stabbing

A look at the events surrounding the stabbing of a 16-year-old student, with ongoing investigations into the suspect's motives and the role of online violence

Spotify hikes Premium subscription fees by RM1 to RM3 in Malaysia

Subscribers will face higher monthly payments across all Premium plans, effective from September

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Related