◉ HEADLINES

MB: Pemeteraian perjanjian beri sinar baharu penyokong bola sepak

Amirudin bersyukur pembangunan Stadium Shah Alam boleh bermula

5:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Dengan termeterainya perjanjian untuk memulakan proses pembangunan Stadium Shah Alam, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berharap infrastruktur yang baharu itu akan menggalakkan penyokong pasukan bola sepak negeri untuk terus memberi sokongan padu kepada pasukan mereka.

“Semoga pembangunan Kompleks Sukan Stadium Shah Alam yang serba baharu dan lengkap ini memberikan sinar kepada penyokong Selangor FC dan demi perkembangan sukan di Selangor secara keseluruhannya,” katanya dalam hantaran di laman Facebook rasmi beliau.

Sebelum ini Amirudin berkata proses perobohan akan dimulakan dengan pemasangan dinding adang diikuti proses merungkai struktur sedia ada yang dijangka mengambil masa sehingga pertengahan tahun hadapan.

Tambahnya, pembangunan stadium itu harus menepati segala piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Datuk Seri Amirudin Shari berharap infrastruktur yang baharu itu akan menggalakkan penyokong pasukan bola sepak negeri untuk terus memberi sokongan padu kepada pasukan mereka – Sairien Nafis, 8 Februari, 2024

Beliau turut menekankan kepada pihak terlibat supaya ia menjadi model yang mengguna pakai kaedah terbaik (best practices) dalam pembangunan infrastruktur terutama dalam sekala sebegini.

“Alhamdulillah, telah termeterai perjanjian antara MBI dan MRCB untuk bermula projek pembangunan Kompleks Sukan Stadium Shah Alam yang dibangunkan Menteri Besar Selangor Incorporated melalui Unit Projek Khas yang diterajui oleh Pengurus Besar Unit Projek Khas, MBI, YBhg. Datuk Ir. Ruslan bin Abdul Aziz serta pasukannya,” katanya.

Pada 6 Februari, Amirudin menyaksikan pemeteraian perjanjian antara MBI dan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) untuk perobohan Stadium Shah Alam.

Lembaran Prospek Sdn Bhd iaitu anak syarikat MRCB Land Sdn Bhd telah dilantik untuk melaksanakan kerja-kerja perobohan Stadium Shah Alam sedia ada.

Pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) pula akan melibatkan perjanjian yang berasingan.

Dalam kenyataan pada majlis perjanjian tersebut, Amirudin berkata MBI akan bekerjasama dengan pemaju untuk melaksanakan pelan mitigasi yang komprehensif bagi menangani sebarang impak yang mungkin dialami pemegang taruh (stakeholders) semasa tempoh perobohan.

“MBI dan MRCB akan sentiasa patuh kepada kehendak-kehendak pihak berkuasa tempatan untuk mengawal kerja-kerja perobohan.

“Langkah-langkah ini akan dikongsikan kepada pihak-pihak yang berkaitan sepanjang tempoh perobohan,” ujar beliau. — 8 Februari, 2024

Topics

 

◉ Popular

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

[WATCH] ‘The perception exists, but it isn’t true’: Tengku Zafrul addresses ‘payung kuning’ narrative

Former Investment, Trade and Industry Minister dismisses claims that he acts as a royal intermediary for Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, saying the long-standing 'payung kuning' perception does not reflect reality

Uthaya: compelling voice of those on the margins – Terence Netto

After two novels and dozens of short stories, writer Uthaya Sankar continues to portray life very much as it happens

◉ Related