HEADLINES

Kasut Farhan curi tumpuan peminat takraw negara

Farhan tampil bergaya mengenakan kasut buatan syarikat Amerika Syarikat, Vans, yang lebih sinonim dengan sukan papan selaju

6:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kapten regu negara, Farhan Adam bukan sahaja mencuri perhatian dengan merangkul kejuaraan Piala Dunia Sepak Takraw pertama buat Malaysia tapi pilihan sepatunya semasa beraksi di gelanggang juga menjadi perhatian peminat.

Farhan tampil bergaya mengenakan kasut buatan syarikat Amerika Syarikat, Vans, yang lebih sinonim dengan sukan papan selaju.

Vans adalah jenama ikonik dalam komuniti papan selaju dan seorang legenda sukan itu di Malaysia.

Ahmad Fadzil Musa, 48, atau lebih dikenali sebagai Pa’din merupakan ikon papan selaju di negara dan sudah lama menjadi duta jenama Vans sehingga syarikat itu mengeluarkan dua sepatu signature yang terhad.

‘Old School Pro’ and ‘Authentic Pro’ dilancarkan pada 2017 dan ‘The Endless Ride’ dilancarkan awal tahun ini.

Walau bagaimanapun Farhan yang bermain di posisi apit kiri, bukan atlet yang menerima tajaan dan tidak berniat untuk mempromosikan jenama itu dengan mengenakannya ketika beraksi.

Beliau hanya mahu menghargai kakinya yang telah banyak memberi jasa terutama mencipta kejayaan dalam kerjayanya sebagai pemain sepak takraw.

“Sebenarnya ada bekas pemain ‘request’ kepada saya tukar kepada kasut Vans. Lagi satu dia juga beri pendapat kepada saya bahawa kaki saya sudah banyak bagi saya rezeki dan banyak bantu saya.

“Saya fikir, ada betul juga katanya. Takkan saya nak bagi (kasut) biasa-biasa dan saya kena bagi sesuatu yang luar biasa kepada dia (kaki).

“Pada mulanya, agak tidak selesa tetapi lama-kelamaan saya sudah biasa menggunakannya dan kasut ini juga saya jadikan ‘trademark’ setiap kali saya diturunkan dalam perlawanan,” katanya ketika ditemui selepas menewaskan India 2-0 sekali gus mara ke pentas separuh akhir.

Farhan menambah, dia akan mempertimbangkan sekiranya ditawarkan untuk menjadi duta jenama itu.

“Kalau ada, syukur alhamdulilah kerana saya juga tidak ada minta apa-apa daripada Vans. Jika ada bersyukur sangat-sangat. Jika Vans bagi peluang kepada saya, saya dengan rela hati terbuka menerimanya.  Orang dulu-dulu kata, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan,” katanya. — Mei 25, 2024

Topics

 

Popular

Spotify hikes Premium subscription fees by RM1 to RM3 in Malaysia

Subscribers will face higher monthly payments across all Premium plans, effective from September

Maxim licence termination: company in talks with authorities on resolution

Russian-based e-hailing platform defends its compliance measures, saying that drivers undergo inspection to ensure they meet Apad and Transport Ministry requirements

Brunei’s DPMM FC returns as invited team for 2025–26 Super League season

MFL confirms DPMM FC’s participation with FIFA approval as 14 clubs line up for new season under stricter financial rules

Related