◉ HEADLINES

Drama suaka berakhir: Skuad bola sepak wanita Iran pulang

Dua kekal di Australia, selebihnya pulang dengan sambutan penuh simbolik

9:15 AM MYT

 

TURKIYE — Pasukan bola sepak wanita Iran yang terpalit kontroversi isu suaka kembali ke tanah air semalam, dengan sambutan rasmi dijadualkan berlangsung di Tehran.

Tujuh anggota delegasi sebelum ini memohon suaka di Australia selepas enggan menyanyikan lagu kebangsaan pada aksi pembukaan Piala Asia Wanita. Namun, lima daripadanya — termasuk kapten Zahra Ghanbari — menarik balik permohonan, manakala dua lagi kekal di Australia.

Kepulangan mereka dilihat sebagai tamparan kepada kepimpinan Iran tetapi pernah dipuji Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Aktivis mendakwa pihak berkuasa memberi tekanan terhadap keluarga pemain, termasuk memanggil ibu bapa untuk disoal siasat. Tehran pula menuduh Australia cuba memaksa atlet berpaling tadah.

Selepas perjalanan panjang melalui Malaysia, Oman dan Istanbul, kumpulan itu tiba di sempadan darat Gurbulak-Bazargan. Wartawan AFP menyaksikan mereka memasuki Iran menaiki bas dengan berpakaian rasmi pasukan dan bertudung.

Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf, berkata kepulangan itu membuktikan pemain tidak tunduk kepada tekanan pihak yang menentang Iran. Agensi berita Mehr menyiarkan gambar sambutan kecil dengan kibaran bendera serta majlis ringkas di atas pentas berkarpet merah.

Presiden Persekutuan Bolasepak Iran, Mehdi Taj, turut memuji keberanian mereka:
“Walaupun mereka wanita, mereka menunjukkan keberanian dan ketabahan luar biasa,” katanya.

Majlis sambutan lebih besar dijadualkan berlangsung di Dataran Valiasr hari ini, lokasi yang sering menjadi tumpuan penyokong prokerajaan.

Kumpulan hak asasi manusia sebelum ini menuduh Tehran menekan atlet di luar negara dengan mengancam keluarga mereka jika enggan pulang atau membuat kenyataan menentang kerajaan.

Kontroversi tercetus apabila pemain Iran berdiam diri ketika lagu kebangsaan dimainkan di Australia, dilihat sebagai tanda protes terhadap kepimpinan negara.

Walaupun mereka kembali menyanyikan lagu kebangsaan dalam perlawanan berikutnya, aktivis berpendapat kesan daripada tindakan awal itu sudah pun mencetuskan gelombang politik. – 19 Mac, 2026

Topics

 

◉ Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

◉ Related