HEADLINES

PH-BN Kedah janji hentikan kecurian REE jika bentuk kerajaan negeri: Saifuddin

Kami akan segera hentikan insiden kecurian ini dan surat 15 Mei (kebenaran masuk hutan simpan) dan surat 3 Mei (surat kebenaran persampelan di Kampung Bendang Man) kita akan batalkan serta-merta

3:20 PM MYT

 

ALOR SETAR — Gabungan kerjasama Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) berjanji untuk menghentikan kecurian unsur nadir bumi (REE) sekiranya berjaya membentuk kerajaan negeri pada 12 Ogos ini.

Ketua Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, janji tersebut ditawarkan oleh gabungan itu bagi memastikan REE di negeri itu terjamin selamat dan tidak dicuri lagi.

“Kami akan segera hentikan insiden kecurian ini dan surat 15 Mei (kebenaran masuk hutan simpan) dan surat 3 Mei (surat kebenaran persampelan di Kampung Bendang Man) kita akan batalkan serta-merta.

“Ini pintu kepada kecurian. Hentikan kecurian dan mulakan siasatan terhadap REE,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengakui REE adalah sumber pendapatan baharu kepada Kedah, Saifuddin Nasution yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kerajaan negeri akan bekerjasama rapat dengan kerajaan pusat di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bagi memulakan rundingan.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan negeri akan bekerjasama rapat dengan kerajaan pusat di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bagi memulakan rundingan – Gambar Scoop, 10 Ogos, 2023

“Mengikut dasar semasa tidak akan diluluskan juga sekiranya kerajaan perpaduan mengambi alih di mana kerajaan negeri dan kerajaan pusat sama kita akan memulakan perundingan dengan kerajaan Pusat.

“Ini untuk melihat dasar semasa dan ruang fleksibiliti dilakukan atas rasional hasil bumi Kedah wajar diusahakan secara mengikut undang-undang dan peraturan. Ini akan kita rundingkan.

“REE ini sumber pendapatan negeri yang baharu. Ianya berpotensi wujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dan jika diusahakan mengikut peratiran ia akan membantu sektor hiliran,” katanya.

Antara lain, beliau berkata, pihaknya juga akan turut bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan seperti polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memulakan siasatan segera mengenai kecurian REE di Kedah. — 10 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related