◉ HEADLINES

Rakyat Malaysia dinasihat jaga keselamatan diri, dokumen penting ketika melancong ke Thailand

Rakyat Malaysia juga diingatkan supaya sentiasa patuh serta menghormati undang-undang tempatan semasa berada di negara jiran itu

4:40 PM MYT

 

KANGAR – Rakyat Malaysia dinasihati agar sentiasa menjaga keselamatan diri dan dokumen penting ketika melancong ke Thailand.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla yang baharu Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata rakyat Malaysia juga diingatkan supaya sentiasa patuh serta menghormati undang-undang tempatan semasa berada di negara jiran itu dan berhubung rapat dengan pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla. 

“Saya juga ingatkan rakyat Malaysia agar menyemak dan pastikan bahawa dokumen perjalanan atau pasport mereka dicop keluar (exit stamp and date) terlebih dahulu sebelum keluar dari negara Thailand iaitu sebelum meninggalkan kaunter Imigresen.

“Kita menerima banyak laporan berhubung rakyat Malaysia yang tidak menyemak terlebih dahulu dokumen perjalanan mereka sebelum keluar dari pintu sempadan, menyebabkan mereka terpaksa hadir semula ke pejabat Imigresen Thailand di pintu sempadan untuk melengkapkan formaliti berkaitan,” katanya dalam kenyataan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.

Katanya rakyat Malaysia yang gagal berbuat demikian akan dikenakan denda dan disenaraihitamkan daripada memasuki Thailand pada masa hadapan

Menurut kenyataan itu, Ahmad Fahmi mempersembahkan perkara tersebut kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Hat Yai, Thailand baru-baru ini.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir Konsul Jeneral Indonesia di Songkhla, Thailand, Suargana Pringganu.

Menurut kenyataan sama, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menyampaikan sumbangan Ibnu Sabil berjumlah RM5,000 kepada pejabat Konsulat Jeneral. – 2 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

Stop pampering the two-wheeled road ruffians! – Ravindran Raman Kutty

For too long, politics pampered road ruffians. Now their menace has matured into road terrorism — and leaders must stop stroking the tiger

[WATCH] Expensive to run, yet extremely affordable to ride: Klang Valley trains explained

Strong ridership, low fares, and expanding networks keep the city moving — leading rail experts explain how

◉ Related