◉ HEADLINES

Kes pecah amanah RM6.6 bilion Najib, Irwan dibicarakan tahun depan

Pejabat Peguam Negara menolak surat perwakilan kedua dikemukakan mereka, dengan memutuskan kes berkenaan dibicarakan

12:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kes pecah amanah (CBT) berjumlah RM6.6 bilion dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah akan dibicarakan tahun depan.

Keputusan itu ditetapkan walaupun Pejabat Peguam Negara (AGC) masih belum membuat penetapan mengenai surat representasi kali kedua dikemukakan mereka yang didakwa bersama pada Oktober 2018, menggunakan dana kerajaan berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (Ipic).

Percubaan terbaharu untuk mengemukakan surat representasi kepada AGC dibuat selepas representasi awal Najib dan Irwan, yang difailkan pada Mac tahun lepas, ditolak AGC.

Mahkamah tinggi juga sebelum ini menolak permohonan pasangan itu untuk dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) atas kesemua enam pertuduhan.

Datuk K Kumaraendran yang mewakili Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah (gambar), memohon Hakim Datuk Mohammad Jamil Hussin menetapkan tarikh perbicaraan lebih awal – Gambar Scoop, 15 September, 2023

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana melakukan CBT oleh penjawat awam atau ejen, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Dituduh melakukan kesalahan itu di kompleks Kementerian Kewangan di Putrajaya antara 21 Disember 2016 dan 18 Disember 2017, kedua-duanya dipercayai menyerahkan surat representasi baharu kepada AGC susulan perbincangan kerajaan peringkat tinggi antara Malaysia dan Abu Dhabi.

Februari lalu, dilaporkan Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mencapai penyelesaian berhubung pertikaian dengan Ipic serta Aabar Investments PJS (Aabar PJS) dari Abu Dhabi.

Menerusi kenyataannya, Kementerian Kewangan memaklumkan, Ipic dan Aabar PJS bersetuju membayar AS$1.8 bilion (kira-kira RM8.06 bilion) kepada MOF Inc dan 1MDB.

Di bilik mahkamah berasingan, Datuk K Kumaraendran yang mewakili Irwan, memohon Hakim Datuk Mohammad Jamil Hussin menetapkan tarikh perbicaraan lebih awal.

Beliau berhujah bahawa anak guamnya, menderita dalam beberapa cara berikutan tempoh panjang kes itu, sejak kedua-duanya mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dikenakan terhadap mereka pada 2018.

Peguam Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (Gambar) berkata, walaupun anak guamnya tidak mempunyai masalah dengan menetapkan tarikh perbicaraan awal, pertembungan mungkin berlaku dengan perbicaraan 1MDB yang sedang dijalankan – Gambar Scoop, 15 September, 2023

“Setakat hari ini, sudah hampir lima tahun anak guam saya (Irwan) didakwa. Dia tidak dapat meninggalkan negara selama bertahun-tahun, manakala pertuduhan yang masih berjalan, menyebabkan dia mengalami tekanan psikologi dan menghalangnya daripada meneruskan sebarang kemajuan kerjaya.

“Saya ingin meminta hakim yang arif mempertimbangkan untuk menetapkan tarikh perbicaraan (bagi) awal tahun depan,” kata Kumaraendran.

Sebagai maklum balas, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, walaupun anak guamnya tidak mempunyai masalah dengan menetapkan tarikh perbicaraan awal, pertembungan mungkin berlaku dengan perbicaraan 1MDB yang sedang dijalankan terhadap anak guamnya.

Selepas Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi meminta kes itu dimulakan selepas sambutan Aidilfitri April tahun depan, Muhammad Jamil menetapkan perbicaraan berlangsung pada 13 Jun dan 17 hari pada Julai tahun depan. – 15 September 2023

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

RM460m budget boost to power RTG, para-athletes, and regional games prep: KBS

With RM460 million secured for national sports development and RM240 million earmarked for the 2027 SEA Games, KBS sets its sights on building a comprehensive, sustainable sporting ecosystem

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related