◉ HEADLINES

Syed Saddiq dipenjara sembilan tahun, jalani tujuh, dua sebatan, denda RM10 juta

Beliau juga menjadi wakil rakyat dan Ahli Parlimen pertama yang dijatuhkan hukuman sebatan

3:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta ke atas Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas didapati bersalah atas empat tuduhan jenayah membabitkan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Bagaimanapun beliau hanya akan menjalani hukuman penjara selama tujuh tahun selepas hukuman ke atas tuduhan pengubahan wang haram berjalan serentak.

Syed Saddiq juga menjadi wakil rakyat dan Ahli Parlimen pertama yang dijatuhkan hukuman sebatan.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan bagi kesalahan bersubahat melakukan pecah amanah, dua tahun penjara dan satu sebatan bagi pertuduhan salah guna harta manakala bagi dua kesalahan pengubahan wang haram masing-masing dipenjara dua tahun dan denda RM5 juta.

Jika gagal membayar denda, Syed Saddiq, 30, boleh dipenjara dua tahun.

Hakim menjatuhkan hukuman itu selepas mempertimbangkan hujahan mitigasi peguam bela Syed Saddiq, Haijan Omar dan Gobind Singh Deo serta Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin

Beliau memerintahkan hukuman penjara bermula hari ini namun membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk penangguhan hukuman sementara rayuan difailkan di Mahkamah Rayuan.

Terdahulu, Haijan dalam hujahannya meminta mahkamah pertimbangkan sumbangan Syed Saddiq kepada masyarakat sebagai presiden Muda dan juga menteri paling muda di Asia, iaitu ketika dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan pada 2018.

“Beliau juga mengetuai pindaan perlembagaan iaitu Undi18 yang memberi peluang kepada tiga juta pengundi untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum 2022, selain meningkatkan bayaran minimum untuk pelatih amali dari universiti ketika beliau menjadi sebahagian daripada kerajaan terdahulu.

“Beliau (Syed Saddiq) kesal dengan tindakannya dan menerima hukuman,” kata Hajian.

Sementara itu, Gobind dalam hujahannya, memohon mahkamah menimbangkan faktor di mana tidak ada satu sen pun daripada RM1 juta yang dikeluarkan dari akaun Armada (Pemuda Bersatu) digunakan untuk tujuan peribadinya. 

Wan Shaharuddin memaklumkan bahawa mahkamah perlu mengambil kira faktor kepentingan awam. 

Beliau juga mencadangkan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara antara dua hingga empat tahun dengan sebatan serta denda minimum RM5 juta untuk semua pertuduhan

“Kes ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada umum bahawa undang-undang tidak berkompromi dengan jenayah kolar putih, terutama apabila ia melibatkan ahli politik,” katanya.

Sebelum ini, Azhar mendapati Syed Saddiq bersalah atas empat tuduhan jenayah selepas mendapati tiada merit dalam pembelaannya. – 9 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Singaporean mum in uphill battle in Johor shariah court after ex-husband abducts son

Daylin Limonte Alvarez faces complex legal hurdles in getting Malaysian Islamic court to enforce child custody order granted by republic

◉ Related