HEADLINES

Jurulatih Taekwando didakwa amang seksual fizikal 5 kanak-kanak

Siasatan terhadap suspek yang juga penuntut kolej swasta mendapati, dia menggunakan alasan mahu membetulkan tali pinggang mangsa di dalam tandas sebelum melakukan perbuatan jenayah seksual itu

12:53 PM MYT

 

SHAH ALAM – Seorang jurulatih taekwando mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap lima kanak-kanak perempuan antara September dan Oktober lalu.

Ahmad Munir Zainuddin, 20, didakwa melakukan perbuatan terbabit ke atas kanak-kanak berusia antara tujuh tahun dan 11 tahun itu di sebuah dewan di Seksyen 24 di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun, selain boleh disebat jika sabit kesalahan.

Hakim Rasyihah Ghazali membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.

Lelaki itu turut dikenakan syarat tambahan, iaitu melapor diri di balai polis berdekatan setiap awal bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengganggu mangsa.

Mahkamah kemudian menetapkan 14 Disember untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nabilah Abd Rashid, manakala tertuduh diwakili peguam ‘Adil Safwan Ahmad Shaffie.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pengajar seni mempertahankan diri ditahan di sebuah pasar raya di sini, pada kira-kira jam 4 petang, 2 November lalu.

Menerusi siasatan terhadap suspek yang juga penuntut kolej swasta, dia menggunakan alasan mahu membetulkan tali pinggang mangsa di dalam tandas sebelum melakukan jenayah seksual itu. – 10 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related