◉ HEADLINES

‘Bukan sengaja rahsia tarikh pernikahan saya, tetapi kerana keluarga’: Amylea

Akuinya ramai terkejut apabila mengetahui dia mengakhiri zaman bujang secara tiba-tiba, malah dia sendiri tidak menyangka bertemu lelaki sesuai untuknya kerana dia sudah tidak mengharapkan dunia perkahwinan

8:29 PM MYT

 

PETALING JAYA – Komposer dan penyanyi, Amylea Azizan, 37, memaklumkan dia bukan sengaja merahsiakan tarikh pernikahannya dengan pegawai bomba dari Singapura, Mohammad Aqbar Mohamad, 40, atau Ash daripada pengetahuan umum.

Sebaliknya, Amylea berkata, tindakan itu terpaksa dibuat atas permintaan keluarga yang tidak mahu dia berkongsi tarikh hari istimewa berkenaan demi menjaga hati beberapa pihak, selain ia dianggap terlalu peribadi untuk mereka.

Katanya, memang ramai terkejut apabila mengetahui dia mengakhiri zaman bujang dan melangsungkan pernikahan secara tiba-tiba.

“Secara jujurnya, saya dan Ash memang melalui perkenalan cukup singkat pada tahun ini. Saya sangat bersyukur sebab saya dapat kisah percintaan yang ramai orang inginkan.

“Kisah itu adalah bila kita berjumpa, kita dah kenal, keluarga bersetuju, kita bercinta selepas kahwin. Jadi, sebetulnya, saya mula bercinta dengan Ash selepas dia menyuarakan hasratnya (untuk melamar saya) dan apabila saya setuju. Barulah kami bersua.

“Mungkin, ini adalah doa ibu. Saya sebenarnya dah tak mengharapkan dunia perkahwinan. Tapi, tiba-tiba saya jumpa orang sesuai dan suka begini (berkenalan dan berjumpa selepas dilamar),” katanya kepada Scoop.

Jelas Amylea, percintaan dilaluinya dengan Ash itu sama seperti apa dijalani ibu dan arwah bapanya.

“Ia macam orang dulu-dulu dan saya tahu ada dalam kalangan kawan-kawan saya yang impikan cara perkenalan begini. Sebab, zaman sekarang ini, orang dah kenal dulu lepas itu bercinta lama-lama.

“Saya mengenali Ash daripada seorang kawan melalui media sosial tetapi bukan akaun yang sekarang ini, tapi nama lain. Kemudian dia ada Whatsapp dan dia tidak tahu saya siapa. Sebab dia bukan orang Malaysia. Jadi, senang nak dapat ketelusan daripada dia.

“Sebab saya kenal dengan dia bukan untuk bercinta-cinta dan adakalanya bila dia hubungi, saya tidak angkat telefon,” katanya ketika ditemui pada sidang media Muzik Muzik 38 Separuh Akhir (SFMM38) di sini, hari ini.

Amylea juga menjelaskan, pada saat ini, dia masih dalam proses mengenali Ash dengan lebih mendalam.

“Kami sebetulnya belum berpeluang keluar menonton wayang bersama. Belum pernah. Memang banyak benda ingin kami lakukan kali pertama sebagai suami dan isteri, termasuklah ambil tahu apa makanan kegemaran dia suka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Amylea gembira apabila lagu ciptaannya, Selagi Ku Ada nyanyian Khai Bahar dan Nabila Razali terpilih antara 30 lagu bakal berentap di SFMM38.

Pada 27 November lalu, Amylea mengumumkan pernikahannya dengan Ash kepada pihak media, namun tarikh pernikahan dirahsiakan.

Hanya dengan sekali lafaz, Amylea selamat menjadi suri hati Ash pada majlis diadakan secara tertutup di kediaman keluarga perempuan yang menyaksikankannya menerima mas kahwin senaskhah Al-Quran dan telekung serta hantaran bernilai RM8,888. – 10 Disember, 2023

Topics

 

◉ Popular

Penemuan kecederaan luar biasa pada badan, JSJ Bukit Aman diarah segera siasat kematian Noorizwan

'Saya telah meminta JSJ, khususnya pengarahnya Datuk M. Kumar, untuk menyiasat kes ini secepat mungkin dan memaklumkan hasil siasatan kepada orang ramai,' kata Mohd Khalid

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

[WATCH] ‘The perception exists, but it isn’t true’: Tengku Zafrul addresses ‘payung kuning’ narrative

Former Investment, Trade and Industry Minister dismisses claims that he acts as a royal intermediary for Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, saying the long-standing 'payung kuning' perception does not reflect reality

◉ Related