HEADLINES

Polis belum terima laporan pelajar SM Sains Alam Shah dibuli di sekolah

Muhammad Daniel masih berada di dalam wad di Hospital Canselor Tuanku Muhriz

10:12 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Biarpun didakwa dibuli dengan teruk, polis sehingga kini masih belum menerima sebarang laporan berkaitan kes tersebut melibatkan seorang pelajar Sekolah Menengah (SM) Sains Alam Shah, Jalan Yaacob Latif, Cheras.

Memberitahu Scoop, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, untuk itu pihak polis meneruskan siasatan lanjut mengenai ‘kehilangan’ pelajar itu di bawah kes Orang Hilang (OH).

“Setakat ini belum ada laporan diterima berkaitan kes buli yang dibuat oleh ahli keluarga, mangsa atau mana-mana pihak,” katanya.

Pelajar sekolah berkenaan, Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi, 14, dilaporkan hilang dari kawasan sekolah itu, tengah malam Khamis lalu.

Dia kemudiannya ditemukan selamat oleh ibu bapa dan guru sekolah berkenaan di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak, Cheras pada pukul 11 malam, keesokan harinya.

Ibu mangsa, Shuhada Jamaludin mendakwa, anaknya itu pernah mengadu kepadanya pada Ogos lalu menjadi mangsa buli di sekolah.

Susulan itu, Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan pihak sekolah menyediakan laporan lengkap berhubung insiden pelajar tingkatan dua itu melarikan diri dari asrama kerana mendakwa tidak tahan dibuli.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, KPM akan mengambil tindakan selanjutnya selepas menerima laporan lengkap dan menjalankan siasatan berhubung kejadian buli tersebut.

Dalam pada itu, Zam Halim berkata, Daniel masih menerima rawatan lanjut di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). – 11 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Football for All? Not at this World Cup – T. Vignesh

The 2026 Fifa World Cup was supposed to be football's biggest celebration yet

[WATCH] Sabah’s progress held back by federal influence and weak local unity: Junz Wong

Warisan leader argues state’s resource wealth has not translated into progress, pointing to political fragmentation and comparisons with Sarawak’s stronger cohesion

Police rescue teenagers forced into online sex scam syndicate in Johor

Two minors and one man were rescued in Op Bugil as police uncover abuse, forced labour and extortion by syndicate active since November

Related