◉ HEADLINES

Selepas undurkan diri dari Molek FM, Kai Hassan kini disambar Suria FM sebagai penyampai radio baru

Kai turut memulakan tugasnya sebagai penyampai radio di Suria FM bermula hari ini dan perkara ini telah dikongsikan pihak stesen radio tersebut, sebentar tadi

2:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Baru sahaja mengundurkan diri dari Molek FM selepas berkhidmat selama dua tahun dengan stesen radio tersebut, Kai Hassan atau nama sebenarnya, Abdul Karim Hassan terus disambar Suria FM.
 
Dia turut memulakan tugasnya sebagai penyampai radio di Suria FM bermula hari ini dan perkara itu dikongsi pihak stesen radio tersebut, sebentar tadi.
 
Sebuah video untuk memperkenalkan Kai Hassan kepada pendengar setia Suria FM turut dimuat naik di akaun rasmi Instagram Suria.

View this post on Instagram

A post shared by Suria Malaysia (@suriamalaysia)

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin) berkata, pihaknya yakin kemasukan Kai Hassan sebagai penyampai baru akan dapat membawa impak kepada stesen radio tersebut.
 
“Untuk di peringkat awal ini, Kai Hassan akan diberikan pendedahan serta pengalaman untuk mengendalikan semua segmen utama di Suria FM, iaitu Morning Morning Suria, Gaya Suria, Suria Petang dan Suria Cinta.
 
“Diharapkan dengan kemasukannya sebagai antara tunggak utama barisan penyampai Suria FM, ia akan dapat mengukuhkan lagi pasukan kami serta meningkatkan kualiti stesen radio Suria di tahun 2024,” katanya.
 
Kai Hassan bukanlah orang baru di dalam bidang penyiaran radio. Beliau mempunyai pengalaman hampir 10 tahun sebagai penyampai radio dan pernah berkhidmat dengan beberapa stesen radio tempatan.
 
Memulakan tugasnya sebagai penyampai radio di Manis FM dari 2017 sehingga 2020, dia kemudiannya berkhidmat dengan Best FM selama setahun (2020 hingga Oktober 2021) dan kemudian menyertai Molek FM selama dua tahun (Oktober 2021 – November 2023) dan kini bergabung pula dengan Suria FM. – 12 Disember, 2023
 

Topics

 

◉ Popular

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

Red Bull’s Acosta wins MotoGP Sprint, Ducati Lenovo’s Marquez second

Third on the podium is Italian rider Marco Bezzecchi of Aprilia Racing

Parcel Shield anti-fraud initiative launched against parcel scams

Led by the Postal Forum, a self-regulatory body under the Malaysian Communications and Multimedia Commission, it aims to deal with scams involving deliveries and impersonation of legitimate couriers, among others

◉ Related