HEADLINES

Media tempatan rugi RM2 bilion hasil iklan tahunan kepada Meta, Google dan TikTok

Fahmi Fadzil berkata perkara berkenaan merupakan antara cabaran terbesar dan serius dihadapi organisasi media di negara ini

9:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Media tempatan dianggarkan mengalami kerugian kira-kira RM2 bilion daripada jumlah RM4.5 bilion hasil iklan tahunan kepada tiga gergasi media sosial iaitu Meta, Google dan TikTok.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata perkara berkenaan merupakan antara cabaran terbesar dan serius dihadapi organisasi media di negara ini.

Beliau berkata kementerian memandang serius isu berkenaan yang perlu diperincikan dan diberikan penekanan memandangkan ketika ini hasil daripada iklan hanya dibayar kepada syarikat penyedia platform media sosial dan bukannya kepada organisasi media.

“Saya lihat perlu ada keseimbangan, supaya ada sedikit pulangan kepada syarikat media … (perkara) ini masih dalam perbincangan dan saya percaya semua pihak boleh dibawa ke meja rundingan supaya satu suasana yang kondusif dapat dilaksana dan direalisasikan.

“Kita boleh aplikasikan tentang bagaimana kita menguruskan isu berkaitan pelaksanaan 5G sebelum ini yang saya berupaya untuk jemput semua syarikat telekomunikasi duduk berbincang dan akhirnya semua setuju, jadi cara pengurusan itu boleh digunakan dalam ikhtiar selesaikan isu perbelanjaan pengiklanan ini,” katanya.

Fahmi berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir menyampaikan ucaptama pada Majlis Perasmian ‘Transcending Disinformation: Towards Responsible Media Consumption’ anjuran Institut Pembangunan Penyiaran Asia Pasifik (AIBD) di sini hari ini.

Beliau pada masa sama berharap platform media sosial akan mengadakan banyak sesi libat urus dengan organisasi media untuk membantu mereka menggunakan platform media sosial dengan berkesan dan cekap. – 14 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Related