HEADLINES

Faye Kusairi buka gerai jual nasi ayam resipi mama

Walaupun baru beroperasi dua minggu, gerainya mendapat sambutan ramai

12:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dalam diam-diam, pelakon Faye Kusairi sudah membuka perniagaan gerai nasi ayam yang terletak di Bukit Antarabangsa di sini.

Walaupun gerai nasi ayam itu baru sahaja beroperasi selama dua minggu, ia mendapat sambutan baik daripada pelanggan yang meminati juadah tersebut.

Dalam hantaran terbaharu di Instagramnya, Faye memberitahu, sejak hamil anak ketiganya lagi, dia sudah ada keinginan untuk membuka gerai nasi ayam itu.

“Bila dah sihat dari berpantang, terus buka gerai di sini. Alhamdulillah, Allah SWT permudahkan dan sambutan pun sangat baik. Saya benar-benar bersyukur,” katanya sambil berkongsi gambar hari pertama gerainya dibuka.

Fate yang terkenal dengan drama bersiri Istikharah Cinta bersama Zul Ariffin ini bagaimanapun mengakui hidangan nasi ayam yang dijualnya itu tidaklah terlalu hebat rasanya.

“Setakat sedap-sedap tekak je dan layaklah dengan harga. InsyaAllah,” katanya lagi.

Dia yang mendirikan rumahtangga dengan pengarah Azmi Hatta iaitu bekas suami kepada Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom ini, berharap akan dapat terus berniaga di situ sehingga berpeluang membuka restorannya sendiri.

“Semoga peminat nasi ayam kami ini, tak jemu dengan dengan air tangan saya. Resipi ini dari mama dan percaya atau tidak, saya masak menggunakan resipi ini sejak saya berusia 13… 14 tahun.

“Mama memang rajin ajar saya memasak. Cuma saya tak hebat macam mama buat kek lapislah,” katanya yang berasal dari Miri, Sarawak.

Faye membuka gerai nasi ayamnya itu setiap hari dari jam 11 pagi hingga 4.30 petang!

Yang selalu pergi kerja awal dan balik lambat  tu memang tidak dapat merasalah. Nasib baiklah, gerainya turut dibuka pada hujung minggu. – 15 Disember, 2023

Topics

 

Popular

Horror at Bangkok shopping mall as two Malaysians set on fire in unprovoked attack

A Thai man set fire to the tourists after dousing them with paint thinner, with bystanders quickly intervening to restrain him

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

22.4% fail SPM Maths — ‘That’s not just a number, it’s a national warning’

Poor foundational skills and declining global rankings signal long-term risks for Malaysia’s STEM talent pipeline, warns UKM academic

Related