◉ HEADLINES

Mona Allen hamil anak kedua setahun selepas kelahiran putera sulung

Sebelum ini Mona dan suaminya Pekin Ibrahim menunggu selama empat tahun sebelum mereka dikurniakan cahaya mata pertama yang lahir pada Hari Merdeka tahun lalu

8:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon, Mona Allen yang juga isteri kepada Pekin Ibrahim kini sedang hamil anak kedua mereka.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Mona atau nama sebenarnya Munna Haferaneza Allen, 38, menerusi hantaran yang dimuatnaik di Instagram.

“Bismillahirrahmanirrahim. Syukur alhamdulillah saya dan suami bakal menerima seorang lagi cahaya mata iaitu adik kepada Abang Petra. Inshaallah pertengahan tahun hadapan,

“Alhamdulillah sekarang saya dah masuk trimester ke-2. Sudah tiba masanya saya berkongsi berita gembira ini di ruangan Instagram. Doakan perjalanan kehamilan saya dipermudahkan segalanya.

“Terima kasih juga atas doa semua sahabat, keluarga dan rakan-rakan Instagram yang tidak putus dan sentiasa mendoakan saya dan keluarga. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua,” tulisnya.

Mona sebelum ini telah melahirkan anak sulungnya iaitu Petra pada Hari Kemerdekaan tahun lalu selepas empat tahun menanti.

Sebelum ini pasangan ini sering berusaha untuk mendapatkan zuriat dengan melakukan pelbagai rawatan dan kaedah.

Malah Mona hamil selepas Pekin dikatakan telah minum air kelapa muda bakar yang disertakan doa. – 26 Disember 2023

Topics

 

◉ Popular

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

◉ Related