HEADLINES

Permohonan Sijil Halal meningkat kepada 15,605 pada 2023

Produk yang dipersijilkan halal meliputi skim produk makanan dan minuman, farmaseutikal, kosmetik, bahan gunaan dan peranti perubatan

4:30 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerima 15,605 permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) pada 2023, meningkat empat peratus berbanding 14,977 permohonan yang diterima pada 2022, kata Ketua Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

Daripada 15,605 permohonan yang diterima, sebanyak 8,509 permohonan diluluskan melibatkan 132,106 produk dipersijilkan halal, dengan jumlah fi yang diterima ialah RM11.035 juta, katanya.

“Produk yang dipersijilkan halal meliputi skim produk makanan dan minuman, farmaseutikal, kosmetik, bahan gunaan dan peranti perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hakimah, berdasarkan laporan State of Global Islamic Economy 2023 yang dikeluarkan oleh Dinar Standards, Malaysia berada di tempat pertama bagi sektor makanan halal dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global 2023.

“Perkara ini menunjukkan bahawa industri halal Malaysia semakin berkembang pesat jika dibandingkan dengan negara lain.

“Pencapaian ini juga telah menyumbang kepada kedudukan Malaysia untuk mengekalkan tempat pertama dari 81 negara bagi tahun ke-10 berturut-turut,” katanya.

Hakimah berkata Jakim akan memastikan komitmen yang penuh diberikan bagi memastikan pengurusan SPHM berada pada tahap yang terbaik dengan pelbagai inisiatif baharu dirancang dan dirangka bagi memperkasakan pensijilan halal Malaysia di peringkat global. – 3 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia’s medal tally takes a dent after key sports excluded from Glasgow Commonwealth

OCM accepts decision of badminton and squash, among others, being axed from 2026 Games as organisers plan for a leaner, more financially sustainable event

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

US returns over US$1.37b in stolen 1MDB assets to Malaysia: Azalina

While Malaysia celebrates the return of US$1.37b in misappropriated 1MDB assets from the US, Law Minister Datuk Seri Azalina Othman Said reveals that the final tally of recovered wealth remains a moving target due to market fluctuations and complex, ongoing global court battles

Related