◉ HEADLINES

Gaduh ketika perlawanan bola sepak: Lima ditahan termasuk remaja berusia 14 tahun

Video pergaduhan tular di laman media sosial, ada yang memukul lawan menggunakan kerusi dan helmet

7:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lima ditahan termasuk seorang remaja berusia 14 tahun bagi membantu siasatan ekoran insiden pergaduhan ketika perlawanan bola sepak di Sungai Buloh, semalam.

Video mengenai kejadian itu tular dalam media sosial dan kejadian dipercayai berlaku pada jam 10.40 malam tadi.

Ia dikatakan berpunca daripada salah faham melibatkan dua pasukan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa’aton Abu Bakar berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang remaja lelaki terbabit yang diserang beberapa individu ketika cuba meleraikan kekecohan.

“Ia menyebabkan mangsa luka di hidung, lebam di bahagian belakang, leher dan muka serta sakit di seluruh bahagian badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, hasil siasatan mendapati, pergaduhan tercetus melibatkan dua pasukan dan kesemua mereka yang ditahan berusia 14 hingga 39 tahun bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Terdahulu dalam laman X, tular video memaparkan pergaduhan antara pemain bola sepak.

Pemain tersebut dilihat saling memukul antara satu sama lain termasuk menggunakan helmet dan kerusi. – 6 Januari, 2024

Topics

 

◉ Popular

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

Stop pampering the two-wheeled road ruffians! – Ravindran Raman Kutty

For too long, politics pampered road ruffians. Now their menace has matured into road terrorism — and leaders must stop stroking the tiger

[WATCH] Expensive to run, yet extremely affordable to ride: Klang Valley trains explained

Strong ridership, low fares, and expanding networks keep the city moving — leading rail experts explain how

◉ Related