HEADLINES

Saya tidak bocorkan maklumat kepada portal berita Singapura mengenai ‘pengurangan hukuman’ Najib: Fahmi

Beliau meminta media bersabar dan menunggu kenyataan rasmi daripada Lembaga Pengampunan

8:34 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menafikan beliau adalah sumber kepada sebuah portal berita Singapura yang menerbitkan artikel mendakwa pengurangan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Mengulangi pentingnya menunggu kenyataan rasmi daripada Lembaga Pengampunan, beliau berkata, kebetulan dia bertemu wartawan agensi itu sebelum cerita terbabit diterbitkan.

“Saya telah mengatakan bahawa kita mesti menunggu kenyataan media rasmi. Saya minta media tempatan dan asing tunggu (ia).

“Malangnya, saya bertemu dengan wartawan (agensi yang menerbitkan cerita itu).

“Saya bukan sumber yang memberikan maklumat itu, tetapi saya menggesa semua rakan media, jangan buat kenyataan awal,” katanya pada sidang media di kementerian itu hari ini selepas mesyuarat pasca kabinet sebelum ini.

Pada masa sama, Fahmi mengulangi kenyataan supaya ‘mengikut proses sewajarnya’ bagi menunggu kenyataan itu.

Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang atas salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah berkaitan RM42 juta milik bekas anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), SRC International Sdn Bhd.

Awal hari ini, portal berita asing itu menerbitkan artikel yang memetik kenyataan daripada ‘sumber rasmi’, mendakwa hukuman penjara Najib diringankan separuh oleh Lembaga Pengampunan selepas mesyuaratnya pada Isnin.

Sejak beberapa minggu lalu, keputusan petisyen pengampunan Datuk Seri Najib Razak yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang mencetuskan spekulasi hebat. – Abdul Razak Latif/Scoop, 31 Januari, 2024

Keputusan petisyen pengampunan Najib menjadi spekulasi selama berminggu-minggu.

Ia mencapai ‘kemuncak’ selepas sebuah portal berita berbahasa Melayu menerbitkan artikel yang kini dipinda bahawa Najib berjaya dalam petisyennya untuk mendapatkan pengampunan, menyebabkan Fahmi menasihati media supaya menunggu kenyataan rasmi itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa menyuarakan kenyataan sama, tetapi mengesahkan Lembaga Pengampunan bersidang pada Isnin.

Walaupun Zaliha berkata pertemuan itu berlangsung di Istana Negara di sini, beliau tidak mendedahkan topik yang dibincangkan.

Persidangan Lembaga Pengampunan dan perbincangannya dilindungi Akta Rahsia Rasmi.

Awal bulan ini, peguam Najib, Tan Sri Shafee Abdullah berkata, anak guamnya mahupun pejabatnya tidak dimaklumkan mengenai petisyen pengampunan yang difailkan kira-kira 16 bulan lepas. – 31 Januari 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related